Wednesday, November 4, 2015

A message to survivor

Terima kasih kepada sahabat saya Juju Jai for this wonderful notes. Juju adalah salah seorang tetamu yang hadir di acara SUPPORT SOMETHING NICE-WE WILL SURVIVE  sebulan yang lalu.

Wednesday, October 28, 2015

STROK Bukan Penghujung Kehidupan - Azlan Zanudin



Saya belum sampai ke garisan penamat,
Saya bukan hero...masih berjuang,
Mungkin ada yang senasib,
Apa salahnya berkongsi,
Semoga dapat mengambil iktibar dari perkongsian kecil ini.
Selamat membaca.


Tuesday, October 6, 2015

"BILAKAH SAYA AKAN MATI" - Jamaliah Sulaiman

Ini adalah secebis kisah pengalaman salah seorang ahli panel SUPPORT SOMETHING NICE - WE WILL SURVIVE pada 3 Oktober yang lalu. Puan Jamaliah Sulaiman, 49 Tahun, yang kini sedang menghidap HIV+ dari tahun 1998. Semoga kakakku diberi kesihatan yang kuat dan memberangsangkan... Amin.




"BILAKAH SAYA AKAN MATI," tanya Kak Jamaliah Sulaiman kepada Dr Christopher Lee (kini, Dato). Itulah soalan pertama yang ditanya selepas keputusan darah adalah HIV+.
Suaminya meninggal dunia setahun sebelum ujian darah. Walaupun suaminya baik, begitu juga pegangan agamanya, satu kelemahan yang ada padanya ialah dia penagih dadah. Akibatnya, HIV+ dan meninggal dunia.
Kini, Kak Jamaliah "Mewarisi" HIV+ walaupun dirinya hanyalah suri rumah tangga dan bukan pengguna dadah.
Suri rumah dari Kapar ini merasakan bangunan tinggi menghempap dirinya tatkala mendapat keputusan HIV+.
Dr Christopher memberikan sokongan motivasi dan memperkenalkan kepada kumpulan sokongan.
Rawatan susulan dan pengambilan ubat secara berterusan dan berdisiplin, beliau kini merupakan Survivor HIV+.
Kak Jamaliah kini ibu kepada empat orang anak dan isteri kepada HIV+ survivor.

`
ANAKNYA TIDAK DIBENARKAN BELAJAR DI TADIKA PADA TAHUN 2006 HANYA KERANA HIV+. Satu lagi ujian Tuhan buat Kak Jamaliah Sulaiman, suri rumah dari Kapar setelah dirinya sendiri HIV+ yang diwarisi daripada arwah suaminya.
Demi memastikan anak mendapat pelajaran yang baik, Kak Jamaliah perlu berjuang. Dia mendapat pertolongan abang Marhalem Mansor yang berjuang hingga ke Jabatan Pelajaran Selangor (JPS). JPS mengeluarkan surat arahan kepada tadika untuk menerima anaknya belajar.
Anaknya itu HIV+ sejak lahir hasil perkongsian hidup dengan suami kedua. Selepas suami pertama meninggal dunia, status "J" menyebabkan ramai yang pinang Kak Jamaliah secara tak elok. Akhirnya atas nasihat kakaknya, Kak Jamaliah berkahwin juga. Namun, keadaan tidak mengizinkan Kak Jamaliah mendedahkan dirinya HIV+ kepada suaminya.
Apabila diketahui doktor, mereka marah. Dengan bantuan doktor, realiti diri Kak Jamaliah diketahui suaminya. Demi kebaikan, mereka berpisah. Mujur juga bekas suaminya kemudian disahkan bebas HIV+. Namun anak yang dikandung empat bulan itu HIV+.
Hampir dua tahun diperlukan Kak Jamaliah untuk pulihkan semangatnya.
Dalam usia dua tahun, anaknya hairan mengapa ada kelainan pemakanan berbanding saudara tuanya. Kak Jamaliah beritahu anaknya yang dia HIV+. Setelah usia 12 tahun, anak itu diberikan penerangan lanjut tentang HIV+
Kak Jamaliah pernah bekerja sebagai "HIV ppl peer counselor" untuk menasihati mereka yg dijangkiti HIV. Beliau kini bersara daripada pekerjaan yang dibuatnya selama 7 tahun, utk menjaga anaknya yang kini 15 tahun.
Walaupun banyak diuji, Tuhan tetap sayangkan Kak Jamaliah. Empat orang anak menjadi sumber kekuatan Kak Jamaliah dan kini sudah ada dua orang menantu.


Beliau juga telah diketemukan dengan insan budiman yang menjadi suaminya kini, abang Marhalem Mansor.
Pada 3 Oktober di Talent Lounge, berlangsung satu lagi detik manis: abang Marhalem menyampaikan kasih sayangnya kepada Kak Jamaliah selepas Kak Jamaliah BERKONGSI pengalamannya sebagai HIV+ Survivor.
Semoga Kak Jamaliah, abang Marhalem dan keluarga dianugerahi kebahagiaan dan kejayaan.
---------------------
Kak Jamaliah berkongsi pengalaman hidupnya untuk memberi motivasi kepada semua dalam program ‪#‎SaySomethingNice‬ pada petang Sabtu, 3 Oktober 2015 di Talent Lounge. Program itu anjuran Serviver Clan, Talent Lounge dan Zubedy
Terima Kasih THE TRAVELLER atas perkongsian ini. Ikuti mereka di https://www.facebook.com/TheTravellerMY

Sunday, October 4, 2015

Terima kasih THE TRAVELLER diatas penulisan yang sangat hebat ini. Semoga perkongsian dari saudara penulisnya, Devaraj dapat memberi inspirasi buat sahabat yang senasib dengan saya. Saya belum pulih 100% tapi dengan apa yang ada SAYA BANGKIT. Jangan Bimbang...Tuhan ada.

BAYANGKAN anda sedang berada di puncak hidup dalam usia 33 tahun. Segala-galanya indah dan tambah indah pula, dikelilingi kawan-kawan yang baik hati.
Dan ketika usia semuda 33 tahun, anda kena serangan angin ahmar! (Stroke). Akibatnya anda lumpuh sebelah badan!
Itulah yang dialami bro Azlan Zainudin, yang kini merupakan Event Manager di Talent Lounge.
Ketika menghadiri majlis hari jadi seorang kawannya, dan sibuk berinteraksi, Azlan terduduk. Azlan cuba bangun, namun tidak mampu. Dicubanya lagi dan lagi, masih tidak mampu.
Kawan yang menyedari keadaan itu segera menanyakan keadaannya. Azlan tidak mampu menjawab pertanyaan dengan baik. Segera kawan-kawannya papah dirinya yang ketika itu 120 kg. dan menghantar ke hospital.
Selepas sedar dari pengsan, doktor menyatakan dirinya bernasib dihantar ke hospital dengan pantas untuk rawatan. Pendarahan dalaman belum merebak. Doktor menyatakan Azlan mengalami mild stroke. Bahagian kiri badannya lumpuh!
Selama lebih tujuh bulan, Azlan menderita lumpuh, kesukaran bercakap dan mengalami kemurungan.


"WHY ME? MENGAPA TAK KENA PADA ORANG LAIN" itulah antara perasaan awal Azlan. Memang sukar menerima situasi baru dirinya. Malah, jiwanya tertekan hingga seakan-akan menyalahkan Tuhan. "Mengapa tak ambil sahaja dirinya secara penuh", soal hatinya.
Azlan merasakan dirinya tak berguna lagi. Perasaan sebegitu menguasai diri selama satu setengah tahun.
MALAH AZLAN ADA TERFIKIR UNTUK BUNUH DIRI!
Selepas keluar hospital dan kembali kerja setelah keadaan diri lebih baik, minat kerja (kerja lama) kian pudar. Sebelum sakit, Azlan merupakan workaholic, sanggup bekerja hingga larut malam. Tapi itu dulu. Kini, apabila melihat rakan sekerja lama, jiwanya memberontak, seakan-akan menyalahkan mereka.
Azlan menangis. Akhirnya dia berhenti kerja.
Azlan menjadi anti sosial. Azlan berada dalam keadaan begitu selama satu setengah tahun.
Akhirnya Azlan sedar, tidak boleh selama-lamanya begitu. Hidup perlu diteruskan.
Kawan baiknya menegur "jangan bergantung pada simpati orang lain. Semua orang sibuk dan utamakan hidup masing-masing".
Tambah kawannya, kita harus bantu diri sendiri.
Azlan mula berubah. Ada kesedaran baru. "Sblm masyarakat terima kita, kita kena terima diri dlm pakej baru (OKU)."
Ya, Azlan kini dalam pakej baru: OKU.


"Don't worry masyarakat tak terima. Bukan masyarakat yg beri makan. Jarakkan diri Dari org negatif" nasihat Azlan.
Azlan kini sudah "bangkit" daripada hidupnya yang "terduduk". Walaupun penyembuhan masih berlangsung, dirinya sudah me miliki kekuatan baru.
Azlan yang berusia 36 tahun mempunyai karier hebat di Talent Lounge sebagai Event Manager.
Walaupun dirinya OKU, semangatnya bukan OKU lagi, sebaliknya semangat kental dan waja!
Dia mempunyai keyakinan tinggi untuk hari muka yang lebih cemerlang!
SYABAS AZLAN, DIKAU SUMBER INSPIRASI UNTUK SEMUA.
---------------------


Bro Azlan Zainudin berkongsi pengalaman hidupnya untuk memberi motivasi kepada semua dalam program ‪#‎SaySomethingNice‬ pada petang Sabtu, 3 Oktober 2015 di Talent Lounge. Program itu anjuran Serviver Clan, Talent Lounge dan Zubedy

Friday, September 18, 2015

LIFE IS SUCH A BEAUTIFUL STRUGGLE


Hello… I have something big to share with all of you.

Semasa melalui fasa Post Stroke Syndrom, saya sering kalah dengan DEPRESSION-  

Sedih,  
Diri tak berguna, 
mahu mati, 
tidak mahu berusaha, 
sering lupa, 
benci dengan apa yang apa yang saya suka lakukan dahulu, 
anxiety disorder dan macam-macam perasaan yang negative. 

Secara klinikalnya memang anda yang menghadapi STROKE akan melalui semua ini. Secara logiknya kita harus lawan!

Saya juga seperti anda semua, tak la setiap hari positif macam. Sesekali tu..i’m drowning into negativity. Kitakan manusia biasa. Macam mana nak selesaikan?

Ada ke orang nak mendengar keluh resah anda? 
A shoulder to cry on? 
Ada yang sanggup?
 I’ve been through all this! 
Terus terang saya katakan..TIADA!! 

Other people have their own commitment. Mereka bekerja..ada keluarga…ada kehidupan lain..takkan nak menghadap kita 24 jam. Kita harus bangkit.  
Tiada istilah “kawan ketika gembira mudah dicari..Kawan ketika berduka susah dicari. Bagi saya semua itu tidak relevan.


7 bulan duduk di atas wheelchair is not funny at all. Malu rasanya. I’m not ready for this. 
“I need to get out from this wheelchair”

Bermula dari itu saya terus berusaha untuk belajar berjalan.

You need to believe in yourself. Kalau jatuh bangun balik. Saya pernah jatuh kat hall rumah selama 2 jam dan tiada siapa ada di rumah dan handphone jauh dari saya. Rasa macam dalam movie. Mengesot, bergolek, menangis, jatuh kembali..sampai tertidur sekejap haha..dah penat!!! Berusaha kembali..akhirnya..berjaya la aku mendaki sofa.  Tapi 2 jam la haha.. Perasaannya macam menawan Mount Everest.

Semuanya terpulang kepada diri sendiri.  Samada nak berjalan atau terus disitu.  After physical disability then Depression strikes me. Ingatkan habis kat situ je. Another hunches that really mould me as a person. The whole situation is full of sadness. The idea of committing suicide is really haunting me. Wooo… psychiatrist ON CALL!

After 10 sessions with psychiatrist. Kesimpulannya..You need to love yourself..Be closer to your God (spiritually)…Socialize…Do or create something that you love to do. This entire positive elements might be cliché to you but it really works to myself. Seriously. Try it.

Dalam pencarian menuju kepuasan dalam hidup. I’ll do anything that makes me happy. Once in a while when i'm free, I will go to NASAM and Hospital Sungai Buloh  to search for other STROKE patient. Mencari sahabat senasib haha. Samada lihat dari jauh dan cuba mendekati mereka..jika mereka tiada tetamu saya akan menghampiri mereka. We share our stories together and I feel better after some sharing session. Simple theraphy that I’ve created brought a whole of joy. Theres a hidden feeling after i met them. Saya puas lepas jumpa setiap strokee. I named them STROKEE. : ) How cool is that.

Bermula dari itu, tercetusnya  idea untuk mewujudkan platform sokongan untuk mereka yang pernah terlibat dalam pelbagai ‘self issue’ seperti illness dan sebagainya untuk berkongsi dengan umum. Tuhan menghadiahkan secebis pengalaman untuk saya kongsikan. Mungkin kesakitan itu adalah superpower untuk setiap survivor. Bukan untuk riak yang saya sudah sihat. Life is such a beautiful struggle.  Sakit itu ada indahnya dan hikmahnya.



Maka tercetuslah my baby project called SUPPORT SOMETHING NICE – WE WILL SURVIVE  yang menggabungkan 3 individu yang pernah dan sedang berdepan dengan penyakit STROKE, CANCER dan HIV+ untuk berkongsi  idea, tip berdepan dengan takdir seperti ini. Usaha kecil ini adalah untuk memberi kesedaran kepada umum tentang keyakinan dan berfikiran positif. Semoga usaha ini bermanfaat buat semua.


Dengan rasa rendah diri, saya ingin menjemput para pelawat blog ini untuk hadir ke program yang saya hadiahkan buat anda semua. Call me at 0164113104 for RSVP.

Thanks for reading this post. Have a great day!

Wednesday, July 22, 2015

Do you have any tips for maintaining a positive attitude during stroke recovery?


Mudah saje. serapkan aura positif dalam diri. Kita semua tidak dilahirkan sebagai seorang yang perfect.  Somedays we are drowning in negativity, tapi harus cepat selamatkan daripada hanyut.Dah lemas nanti menyusahkan diri sendiri.

Jangan risau akan penilaian orang sekeliling terhadap diri sendiri. Siapa yang mahu berjalan terdengkot-dengkot, mulut senget, tangan tak bergerak dan sebagainya. Yang paling penting, kita harus terima keadaan tersebut sebagai diri kita yang baru. Penerimaan pakej diri terbaru  perlu disematkan. Appreciate setiap kekurangan yang dianugerahkan. Life is full of options. Must always choose positivity. That is the KEY!

Jika bersedih... Menangislah. Then you will feel better. Jangan sesekali cederakan diri merasakan diri tudak berguna.

Ketika di Ward, saya pernah berdoa minta di cabut nyawa sehinggakan disebelah malam saya meraba meja sebelah saya untuk mencapai objek tajam untuk tikam diri sendiri.Ibaratnya saya harus mati pada malam tu. Dramatik sungguh kelakuan saya haha. Lantas ada sesuatu yang berlaku dihadapan saya  yang membantutkan tindakan saya dan terus saya soal diri sendiri:

Hey! Aku masih hidup lagi. Tuhan bagi nafas lagi. Kenapa aku minta mati. Adakah aku sudah bersedia? Maknanya Tuhan sayangkan aku. Bermula dari saat itulah saya mula manfaatkan peluang KEDUA dengan sebaiknya. Terlalu Syukur.

Fellow Strokee,
Ini tip dari saya, sometimes you have to make fun with your disability. Kita sudah lalui penderitaan dari pelbagai fasa and all that struggles. Episod yang sangat menyedihkan dalam hidup kalian.  Maka dengan itu berseronoklah dengan packaging terbaru anda. Jangan asyik meminta simpati dari masyarakat sekeliling termasuk kaum keluarga, akhirnya takde siapa yang nak melayan kerenah kita. Let say,  If kena panjat tangga yang tinggi. Challenge yourself kononnya anda sedang bertanding dengan peserta lain. On your mark get set go! Pasti Boleh. I always do that. Nak berpaut ke... langkah satu-satiu ke lantaklah janji kita sampai. Of course you are the only winner in that race! : )


As cliche as it is: BE POSITIVE! Put a smile on your face and chin up!

Have a nice day.

SERVIVER