Tuesday, October 6, 2015

"BILAKAH SAYA AKAN MATI" - Jamaliah Sulaiman

Ini adalah secebis kisah pengalaman salah seorang ahli panel SUPPORT SOMETHING NICE - WE WILL SURVIVE pada 3 Oktober yang lalu. Puan Jamaliah Sulaiman, 49 Tahun, yang kini sedang menghidap HIV+ dari tahun 1998. Semoga kakakku diberi kesihatan yang kuat dan memberangsangkan... Amin.




"BILAKAH SAYA AKAN MATI," tanya Kak Jamaliah Sulaiman kepada Dr Christopher Lee (kini, Dato). Itulah soalan pertama yang ditanya selepas keputusan darah adalah HIV+.
Suaminya meninggal dunia setahun sebelum ujian darah. Walaupun suaminya baik, begitu juga pegangan agamanya, satu kelemahan yang ada padanya ialah dia penagih dadah. Akibatnya, HIV+ dan meninggal dunia.
Kini, Kak Jamaliah "Mewarisi" HIV+ walaupun dirinya hanyalah suri rumah tangga dan bukan pengguna dadah.
Suri rumah dari Kapar ini merasakan bangunan tinggi menghempap dirinya tatkala mendapat keputusan HIV+.
Dr Christopher memberikan sokongan motivasi dan memperkenalkan kepada kumpulan sokongan.
Rawatan susulan dan pengambilan ubat secara berterusan dan berdisiplin, beliau kini merupakan Survivor HIV+.
Kak Jamaliah kini ibu kepada empat orang anak dan isteri kepada HIV+ survivor.

`
ANAKNYA TIDAK DIBENARKAN BELAJAR DI TADIKA PADA TAHUN 2006 HANYA KERANA HIV+. Satu lagi ujian Tuhan buat Kak Jamaliah Sulaiman, suri rumah dari Kapar setelah dirinya sendiri HIV+ yang diwarisi daripada arwah suaminya.
Demi memastikan anak mendapat pelajaran yang baik, Kak Jamaliah perlu berjuang. Dia mendapat pertolongan abang Marhalem Mansor yang berjuang hingga ke Jabatan Pelajaran Selangor (JPS). JPS mengeluarkan surat arahan kepada tadika untuk menerima anaknya belajar.
Anaknya itu HIV+ sejak lahir hasil perkongsian hidup dengan suami kedua. Selepas suami pertama meninggal dunia, status "J" menyebabkan ramai yang pinang Kak Jamaliah secara tak elok. Akhirnya atas nasihat kakaknya, Kak Jamaliah berkahwin juga. Namun, keadaan tidak mengizinkan Kak Jamaliah mendedahkan dirinya HIV+ kepada suaminya.
Apabila diketahui doktor, mereka marah. Dengan bantuan doktor, realiti diri Kak Jamaliah diketahui suaminya. Demi kebaikan, mereka berpisah. Mujur juga bekas suaminya kemudian disahkan bebas HIV+. Namun anak yang dikandung empat bulan itu HIV+.
Hampir dua tahun diperlukan Kak Jamaliah untuk pulihkan semangatnya.
Dalam usia dua tahun, anaknya hairan mengapa ada kelainan pemakanan berbanding saudara tuanya. Kak Jamaliah beritahu anaknya yang dia HIV+. Setelah usia 12 tahun, anak itu diberikan penerangan lanjut tentang HIV+
Kak Jamaliah pernah bekerja sebagai "HIV ppl peer counselor" untuk menasihati mereka yg dijangkiti HIV. Beliau kini bersara daripada pekerjaan yang dibuatnya selama 7 tahun, utk menjaga anaknya yang kini 15 tahun.
Walaupun banyak diuji, Tuhan tetap sayangkan Kak Jamaliah. Empat orang anak menjadi sumber kekuatan Kak Jamaliah dan kini sudah ada dua orang menantu.


Beliau juga telah diketemukan dengan insan budiman yang menjadi suaminya kini, abang Marhalem Mansor.
Pada 3 Oktober di Talent Lounge, berlangsung satu lagi detik manis: abang Marhalem menyampaikan kasih sayangnya kepada Kak Jamaliah selepas Kak Jamaliah BERKONGSI pengalamannya sebagai HIV+ Survivor.
Semoga Kak Jamaliah, abang Marhalem dan keluarga dianugerahi kebahagiaan dan kejayaan.
---------------------
Kak Jamaliah berkongsi pengalaman hidupnya untuk memberi motivasi kepada semua dalam program ‪#‎SaySomethingNice‬ pada petang Sabtu, 3 Oktober 2015 di Talent Lounge. Program itu anjuran Serviver Clan, Talent Lounge dan Zubedy
Terima Kasih THE TRAVELLER atas perkongsian ini. Ikuti mereka di https://www.facebook.com/TheTravellerMY

No comments:

Post a Comment