Friday, December 28, 2012

Saya bingung...Adakah rawatan urut Tradisional bagus untuk pesakit Stroke?

Salam... hampir 2 bulan lebih saya telah menjadi Stroke Survivor. Alhamdulillah,,banyak positive progress yang berlaku berkat dari kesabaran, kecekalan dan kedegilan. Nak update pembaca semua, sekarang ni saya mampu berjalan kaki lebih dari setengah jam  woo hooo!!!! tangan kiri boleh angkat, genggam tapi masih lemah. Sedaya upaya saya selalu bagi kerja kat tgn kiri. kasi dera tgn kiri saya haha..

Saya masih lagi menjalani rawatan intensif FISIOTERAPI di Hospital Sungai Buloh, dua kali seminggu. So far the physio treatment is very good, plus this Hospital have a very well trained Physiotherapist. Selain itu saya masih lagi meneruskan rawatan AKUPUNTUR sejak sebulan saya terkena serangan Stroke. Semua rawatan ini menjadikan saya sihat waalfiat  seperti hari ini.

Perlukah mengurut tradisional?
Pembaca semua saya sangat bingung. Saya perlukan nasihat anda. Arahan untuk saya pergi mengurut tradisional saya dah dengar sejak saya kat katil hospital lagi. Kalau sedara mara dari kampung je mesti suruh pergi mengurut. Ada tu, bila dapat tahu saya belum pernah pergi mengurut, sampaikan ada yang sindir dan hairan kenapa saya melengahkan rawatan mengurut nih.Macam dosa besarla tak pergi mengurut lagi.

I am confused and not convinced by them,, thats it! Patutkah saya pergi mengurut. I really hope that, one day a healthy Stroke patient come to me and suggest the best tukang urut for me. Then I will go. Kebanyakan yang bagitahu Tukang zurut yang dorang recomend tu mmg best in the world la. Come on la. Saya bukan budak kecik and only listen to rumours. It just that, I am not convince. Adakah kaedah rawatan urut tradisional is really good for Stroke patient? Kindly please suggest and leave your briliant comment. I'm lost pasal bab urut ni. dan takut kena urut..sakit!!!!!!

Friday, December 21, 2012

Buah pandangan...

"FRUSTRATION IS ANOTHER WAY TO MOVE ME"

"KESAKITAN ITU ADALAH SEBUAH KEINDAHAN"

"BIARKAN BARAN DAN KEDEGILAN MERESAP KETIKA PROSES PEMULIHAN. AURA NEGATIF INI MAMPU MEMAKSA DIRI UNTUK MELAWAN KESAKITAN DAN MEMBUATKAN SAYA MAMPU MENGGERAKKAN ANGGOTA BADAN YANG LEMAH"

"AKHIRNYA HANYALAH AKU DAN DIRIKU... JANGAN TERLALU BERGANTUNG KEPADA ORANG TERDEKAT KETIKA PROSES PEMULIHAN. KITA PERLU TANAMKAN SIFAT BERDIKARI WALAU SESUSAH MANAPUN"

"JUST CHILL DURING YOUR FUN RECOVERY"

Thursday, December 20, 2012

Yakin Itu Penting

Halloooo..

Sorry dah lama saya tak hantar entry baru kat sini. Maklumlah dah dapat semangat baru nak lari dari kedukaan beberapa minggu yang lalu. (telah saya luahkan dalam entry - Kisah Hati). Selagi boleh saya cuba padatkan masa dengan beberapa aktiviti. Punyalah gigih nak rawat jiwa yang kosong.

Sejak akhir2 ni semakin kerap saya berjalan dengan kawan2 keluar ke Shopping Complex. Padahal kawan2 datang nak lepak ke rumah. Ade je helah saya supaya boleh diheret gi jenjalan. Bukannya apa...selain dari dapat segarkan pandangan, boleh juga pulihkan tahap keyakinan saya kat tempat public.Ade sejarahnya...Azam itu bermula...

Semasa saya pergi check up yang pertama di Jabatan Neurologi HBKL.Itulah detiknya saya menyimpan azam untuk memperbaiki tahap keyakinan saya semula. Itu adalah kali pertama sayapergi check up selepas 2 bulan terkena serangan Stroke. Daripada entrance saya berjalan menggunakan tongkat. Tapi langkah kali ini macam ada yang tak kena.Di rumah saya mampu melangkah lebih laju dan penuh yakin.Sepanjang perjalanan ke tingkat 5 saya perhatikan orang disekelililng memandang saya pelik dengan pelbagai reaksi. Tiba2 saya hilang konsentrasi sampai jalan pun tak betul, sekali dua sampai hampir terjatuh sebab terlupa nak buat knee lock( kaedah berjalan utk pesakit stroke, perlu pastikan kaki yang lemah dalam keadaan betul2 lurus sebelum memijak ) Sehingga sampai di klinik Neurologi saya  tak tahu kenapa sangat segan nak melangkah masuk sebab semua tempat menunggu giliran menghadap pintu masukke klinik tersebut. Bayangkan sebab malu dan kurang yakin saya snggup berdiri di luar pintu.r

Sehinggalah adik ipar yang menemani hari itu, datang untuk suruh saya masuk. Dengan penuh berhati2 saya menyusun langkah sambil pandang ke bawah. Sambil itu mata sempat mengerling disekeliling, memang betul ...saya ke yang bajet popular dan perasan...memang ada mata yang memandang pelik ke arah saya. Kalau boleh aya nak bagi caption dialog  kat tepi kepala orang yang asyik pandang2 saya. Lutut rasa longgar dan nak tercabut masa tu. Nervousnya tak keruan dibuatnya. Taraaaa...and finally I've made it to my seat.Cue lagu Gemilang by Jaclyn "Kini Gemilang lalala.."

"Excuse Me..adik, apa macam jalan itu macam" tegur seorang wanita India dalam lingkungan 50an.
"Haaa! apa macam? jawabku propa buat2 tak paham
"Itu macam jalan serupa Stroke itu macam, Haiyo..banyak muda adik, saya punya abg 60 tahun umur baru dapat Stoke adik"kata wanita itu lagi.
(Bisik hati)...Erghhhhh gimme a gun,I'm gonna........." Ohhh haha, Saya dapat Stroke la auntie.." jawabku ringkas dalam hati memang tak kuasa nak layan.
"You sudah kawin ka dik? banyak pelik orang muda ini macam sudah kena Stroke...You ada darah tinggi ka?Haiyo saya tua ini macam pun banyak takut, tiap bulan mau check juga.
(Bisik hati)...Damaged has been done la auntie!!! banyak cakap pulak, jam ni lah nak ceramah umum LOUDSPEAKER  kat aku..yang penting orang kt kelililng boleh dengar..RIMASSS WEI!!!!.
"ermmm.hurmmm...ermmm.yes auntie"jawabku malasnya Tuhan je yg tahu.
"PUNITHADEVI!!" kedengaran nama dipanggil dari kaunter.
"ok adik..saya nama sudah panggil, mahu masuk sakrang"pintanya
Gosh...rasa nak menjerit YEEESSSSSSSSS!!!!, sekuatnya kalau boleh.Dah la fikiran saya pun tak tenteram lagi,pastu kene dengar ceramah free pulak tu. Potong stim betul.

Cue lagu SURATAN ATAU KEBETULAN oleh Kenny, Remy,Martin.
Sorry guyz nak amik mood (lagu ni je terlintas masa nak tulis cerita selanjutnya)

Sejak dari insiden itu, saya asyik memikir tentang diri dan mula memahami tanggapan orang sekeliling terhadap saya sebagai pesakit YOUNG STROKE. I am nobody but the public have their own thoughts on me.

Melihat orang tua berjalan bertongkat terhegeh2 adalah sesuatu yang normal. Tetapi agak berlainan sekali tanggapan umum untuk orang yang muda jalan bertongkat. Mereka seolah olah ingin meneka nama penyakit yang orang muda bertongkat itu sedang alami.Saya bagaikan terkena halusinasi ketika bertembung dengan orang ramai seperti dapat membaca fikiran mereka. Maaf saya memang kuat berangan dan selalu memikirkan sesuatu. Teringat salah satu babak dari filem City of Angels lakonan  Nicholas Cage. Hero filem ini dapat mendengar setiap keluhan dalam diri manusia sekelilingnya. Itulah yang saya rasa kononnya.

Cue lagu UNINVITED BY ALANIS MORISETTE (OST OF CITY OF ANGELS )

 But you you're not allowed
You're uninvited
An unfortunate slight
The word is so meaningful to me.

Beberapa hari selepas kejadian...

Sehinggalah saya terjumpa video jurnal seorang Stroke Survivor yang ditimpa serangan lebih teruk dari saya. Dengan usaha yang sangat gigih untuk sihat dia mampu berlari dan join Marathon. That is one very inspiring video.

(Bisik Hati ) That's it!!! Cukuplah!!! Bangkitlah LaLan. Sebabkan malu dan tak yakin kau nak memerap kat rumah. Walaupun sebelum ni saya sangat gembira dapat keluar dengan kawan2 sebelum ni. After the incident at the hospital, I suffered a very bad low self esteemed.I just spend my day at home. BOOORINGGGG.. Kalau Mat Saleh dalam video tu boleh berlari dan jumpa masyarakat hari2. Aku pun BOLEH BUAT!!!

Cue to my next anthem EXTRAVEGANZA BY BUNKFACE
Semangat baru..
Perjuangan yang satu
Dan matlamat hidupku..

Sejak itu bagaikan semangat baru menyerap. I said to myself, I need to apply whatever i've learned at the Physio in the real world.

Sebenarnya dunia luar adalah pentas sebenarnya. .Its fun to be me sometimes..errr I guess haha. Target saya adalah nak nampak dan berjalan macam manusia normal. Memanglah tak boleh menidakkan takdir yang telah diberi seperti jalan terdengkot and stiffed hand. Saya selalu berusaha berjalan macam orang normal dan hayunkan tangan kiri yang selama ni saya biarkan diam disisi badan. Berselisih dengan orang ramai pun saya dah tak malu. Yakinnya, sampaikan berjalan lebih laju lagi pastu penat huhuhu. Lantaklah apa orang nak cakap. Apa yang penting saya perlu cari konfiden dalam diri untuk persediaan ke alam pekerjaan bila dah pulih sepenuhnya nanti. Amin. Kalau kat luar tu, kalau kena naik tangga, eskalator,permukaan tinggi rendah,lantai licin dan sebagainya. Saya bayangkan semua itu macam OBSTACLE CHALLENGE macam Fear Factor or Amazing Race versi saya la...hahaha.Sumpah..Saya memang kuat berangan. That is my fun way to boost my confidence level yeehaaa!

UIntuk semua yang ditimpa masalah macam saya dan sewaktu dengannya. Jangan bermurung lama sangat. Pujuk diri dan paksa diri untuk bangun semula. Use your creative imagination to channel your problem to be more exciting. Youtube pun boleh dijadikan teman juga. Selain mencari video inspirasi saya suka tengok video clip lagu-lagu zaman saya. Thats why I have a lots of self theme song. tiap perjalanan saya mesti ade je lagu yang mengiringi hihi. Dengan itu saya akhiri entri kali ini dengan dialog kesukaan saya dari filem ZAITON, INILAH CERITAKU. Sebenarnya besar maksudnya tentang sebuah keyakinan.

" I'M A DIVA, I CAN SING!"

Peace.


Wednesday, December 12, 2012

Kisah Hati

Hmmmm dalam jugak maksud tajuk kali ini.  Kali ni, saya nak bercerita tentang hati dan perasaan seorang yang bergelar pesakit.Sebolehnya saya nak bercerita pasal benda happy je kat sini. Tapi saya juga manusia biasa bukannya Robot yang boleh di programkan moodnya sesuka hati. Sedaya upaya saya membentuk diri agar positif dan kuat. Namun ada harinya emosi saya juga  mampu hanyut dipukul ombak perasaan.

Semenjak dua menjak ni, saya sering tidak berpuas hati dengan keadaan disekeliling, sering mempersoalkan beberapa rasa tidak puas hati terhadap orang disekeliling saya seperti ahli keluarga sendiri. Kadang tu satu dua permintaan tidak ditunaikan, tidak menepati masa, an macam2 hal kecil saya akan perbesarkan. Sesuatu isu tu kiranya boleh bikin Angin satu badan.Boleh bikin GHOST FESTIVALla ( GHOST FESTIVAL adalah ungkapan rekaan saya gunakan dengan kawan2, bahasa ringkasnya sama jugak dengan NAIK HANTU!)

 Rupanya rapuh juga ya hati orang sakit ni. Over sensitif rupanya. Sebelum ni kalau perkara remeh malas nak amik port. I dont give a **whatever you like to fill in** because I can do it by myself. Memang resam saya ni tak suka menyusahkan orang sangat dan saya ni tak suka menunggu!**Yelah..itu time kau sihat LaLan oiii!!!

Saya pun mulalah tarik muka, merajuk, merentan dengan segala jenis perangai poyo ni kat sape yang berkenaan. Lately ni yang selalu jadi mangsa ialah adik saya sendiri. Selagi tak diselesaikan isu tu selagi tu tak tenang.  Konsepnya kalau gatal kena garu kejap tu jugak. Barulah boleh tidur dengan nyenyak. Maksudnya, kalau ada sesuatu isu saya terus je cakap pada orang yang saya tak puas hati tu. Namun sebagai orang yang matang, saya cuba memahami dan memaafkan, maklumlah kalau selalu berkonfrontasi pun tak elok juga. perasaan orang perlu dijaga juga..

" Tapi saya juga ada perasaan dan prinsip dalam hidup".bisik hatiku.

 Tapi aku tak bolehla menyuarakan ketidakpuasan hati ni selalu nanti mereka dah tak nak tolong aku lagi. Tersepit pulak .cue lagu DIPERSIMPANGAN DILEMMA NORA!!! memang kena sangat.

"Apa salahku...Kau buat ku begini....Lalala...


Bila rujuk dengan kwn2. Ini pulak kisahnya:

"Kau kena faham Lan, selain kau.. dorang ada juga masalah lain" Kawan 1

"Kau tak boleh pentingkan diri sendiri" Kawan 2

"Sabar..kau tak boleh samakan kehidupan kau dengan mereka" Kawan 3

"Aik! aku yang salah akhirnya". LaLan

Dush!!! tersentak hatiku mendengarkan komen dari kwan2! so i'm the culprit la?, Am i that bad? so I am the problematic person?  Yang jahatnya akula sekarang ni.


Semenjak kena belasah dengan kawan2, Memang saya sedih dan terasa hati. 2 harila jugak saya menilai diri..Audit Diri la konon.

Bisik Hati: Lan... kau patut bersyukur sebab ada orang nak menjaga kau yang sakit ni secara sukarela tau. What if adik kau tak nak jaga kau..Parah hidup kau...bersyukurlah, ada orang hendak menerima kau. Maafkanlah dia dan sesiapa sahaja, pejamkanlah mata kau tu kalau ada benda yang tidak menyenangkan hati. . Sa bbarlah sikit. Tak semua boleh ikut aturan hidup kau! Kau tak boleh expect semua manusia akan patuh dengan telunjuk kau saje, Salah tu!

Sejak dari itu, saya semakin  mengerti tentang sensiviti individu disekeliling saya. Mungkin jua, selama ini saya banyak masa dihabiskan di rumah, kehidupan saya sunyi dan boring. Jadi saya suka mencari salah orang. Segalanya tak kena.  Kena belajar bersabar ni...

Buat kawan2 yang ada perangai GHOST FESTIVAL macam saya ni especially yang sakit tu hayatilah cerita poyo saya yang terlepas laku ni. Saya akui sejak jatuh sakit perasaan sangat sensitif. Paranoid dan seakan bimbang hilang perhatian. Saya boleh samakan perangai orang sakit seperti saya ni macam ibu bapa kita yang tua yang dahagakan perhatian, kadang2 tu perangai sebiji macam budak kecil. Kuat merajuk dan sebagainya. Bersyukurlah masih ada orang nak menjaga kita yang sakit ni. Jangan cepat melatah nanti orang benci!

 Lihat diri kita sedalamnya. Mungkin, kita ni banyak sangat masa terluang dan terlebih rehat sampaikan kesalahan orang pulak yang kita cari. Off course la, we are enjoying our 24 hours and do nothing at home. Jadi selepas proses mengaudit diri dijalankan, saya mula pasang strategi untuk membunuh perangai buruk saya. Kenalah bertindak sebelum orang bencikan diri ini kannn....Kini saya mula isi masa dengan menyibukkan diri. Atleast I have something to do to keep me busy, instead of finding people's fault. Kalau ada hari free saya buat temujanji dan keluar bersiar- siar dengan teman dan jemput teman ke rumah (Atleast I can share my thoughts with my friends), tengok wayang ( haha walaupun turun tangga pawagam tu dekat nak habis ending credit tu baru sampai bawah hihi.. ), banyakkan membaca, do more physical exercise (Practise makes perfect. Actually, we need a breather in life, barulah tak boring. You can just create any activities that you loved most( haruslah yang sesuai dengan tahap kesihatan anda jugak ye). Paling penting, gunakanlah waktu sakit ni untuk berMUHASABAH DIRI. Saya akui memang banyak dugaan mental selain fizikal akan menduga hidup sebagai pesakit. Maka dengan itu, tahap kesabaran haruslah cemerlang ya.  Akhir kata chill kan diri tu sudaaahh jangan runsing. Janganlah hiasi diri kita dengan kekusutan.. Enjoy your day.

Peace

LaLan




Wednesday, December 5, 2012

Kali Pertama! : )

Kali ni saya nak kongsi tentang pengalaman yang sangat menyeronokkan semalam. Bagi korang maybe benda ni biase je. Untuk saya yang dah lama terperap kat rumah hampir 2 bulan ni, memori semalam sangat mengujakan.

Semalam saya dikunjungi Alif ( rakan lama, kenal sejak sama-sama menuntut dalam kursus yang sama, Diploma in Culinary Art, Uitm, Shah Alam) ke rumah saya untuk ziarah dan membantu saya untuk mendapatkan wang sumbangan kemalangan dari beberapa organisasi. Harapnya permohonan saya berjaya. Amin.

Selepas lama bersembang....., Ting! I just crossed my finger and try my luck and asked him. Ermm...

LaLan :"Alif jom lepak kat The Curve nak?"
Alif     : " Ko sure ke ni? Ko dah ok ke ni ?"
LaLan : Yes! I'm very sure (sambil tunjuk cara jalan yang dah sedikit stabil)

...and he said Yes!! and I said Yippie!!!! percaya tak..deep inside my heart...rasa nak buat lompat bintang je,..errr ya that's only in my imagination..Sumpah...macam budak kecik riangnya.

Well if you wanna know,Lately,i am so in good spirit to gained back my stamina. Setiap pagi at 7.30a.m  I do my morning walk near my house area for 15 minutes without failed. (The morning walk routine is due to my preparation for my next outing activities with my friends by the end of this month. Haaaa jangan marah.... nak keluar bercuti fengan kawan2 pun  I siap ada latihan intensif lagi.). My therapist pun advised suruh banyakkan berjalan for my daily exercise. Rutin berjalan setiap pagi sangat menyenangkan dan menyegarkan. Tambahan pula kawasan perumahan saya dikelilingi hutan. I feel so fresh!
                                          Bangga!! gambar ni saya ambil sendiri (CAMWHORE!!)
                                          Masa mula2 buat morning walk dekat area rumah saya.
                                          Lebih feel kalau tgk pix ni background song nya
                                          WE ARE THE CHAMPION by QUEEN. hehehe...

Saya rasa bagi seorang pesakit yang mengalami disability dan hampir pulih. Mereka perlu somekind of rewards to boost their self confidence and drive to reach their goal. . Saya amat akui perasaan orang sakit ni macam kanak-kanak.kalau ade benda yang best je baru mereka nak buat.Ini boleh diaplikasi sendiri oleh pesakit sendiri, ahli keluarga dan rakan2. Very easy and by showing any simple effort,  its really helps  the patient.


To tell you the truth, saya ni pun dalam proses pemulihan. Stamina pun tak berapa kuat dan selalu letih. Namun saya kena lawan semua itu. Sampai bila saya harus terperap kat rumah. Ya! sebelum ini saya memang takut nak keluar rumah. Macam2 saya fikirkan What if I fall? Who are going to help me? and etc.
Now Im ready to make a comeback and entering the real world.

I used to socialize before. I cant stop myself for being me again.Memang saya exercise setiap hari.Inilah persediannya untuk menjalani hidup seperti biasa.Saya tidak boleh selamanya bergelar pesakit. Its Boring!!!!

Dari 2 minggu lepas hati ini membuak buak nak keluar sana sini. Nak harapkan adik saya pun. Dia pun nampak busy. Even on Sunday pun macam busy je. Dah plan awal2 then tak jadi...its ok la, kene cari jalan sendiri. In my mind, now i am preparing myself to call a cab and go where ever i want to go freely. Kena be ready jugak towards that. jalan tak boleh terhegeh lagi and atleast my left hand kuat sikit. In case anything happen kannn. kalau ade kawan ride the cab together. its ok la.

Ok kita sambung balik with my journey to  The Curve yang jakun macam tak pernah pergi tu. I am super excited after Alif's has agreed to bring this Monkey out from his cage. Proudly, i grabbed my 3 quarter Jeans and wear it by myself and it took me bloody 5 minutes of struggle to button it.Rasakan !!! nak bergaya sangat. Weehoo my 1st attempt to wear Jeans after so long. Gosh!! kene ketatkan lagi beltnya seluar dah longgar pinggang dah kecik. yeah VICTORY!!!!!
                                                   Imma hipster...ceewahhh #ootd (Outfit Of The Day)
                                                   Black T Shirt by Rip Curl (dpt free)/ 
                                                   Jeans steng 3 quarter (kawan bagi)
                                                   Kasut sarung. Taraaaaa!!!!!

                                                     Saya dan Tongkat Sakti kat parking
                                                     The Curve...you can judge the Jakunness
                                                     in me haha...Weehoo cant 
                                                     wait to go upstairs mehhh...
                  

At 5th December 2012, 4.30 pm.We are at THE CURVE, MUTIARA DAMANSARA.Jalan sana sini and make our 1st stop at TGIF..ermmm yummmyyyyyy... Dont worry guyz, I am extra careful nowadays with ma foodie. I've ordered Ceasar Salad and Iced water for myself. I hope you are satisfied hehehe....

                                          Inilah Mr. Badang...ALIF. Tq ya bawa gi jenjalan.

Then meneruskan perjalanan dengan slownya, sampai juga ke hujung shopping complex ni walaupun langkah semakin perlahan.. Fuh memang memenatkan and lenguh bahagian hips. Kami pun berhenti duduk kat kerusi yang disediakan untuk rehat kejap..Rasa macam orang tua sangat hahaha. jalan2 pastu duduk. Haaa dulu aku cakap orang. sekarang ni RASAKANNN!!!!!! hahaha.
                                                     Good job young man..Show off ya
                                                    .kalau terrer try la
                                                    tangga Batu Caves!!! Berani!!!

                                                    My proudy moment. Cue lagu FIREWORK
                                                     by  KATY PERRY.  Kau ade? sambil jalan
                                                    berangan  ada background song.
                                             
Dari kedai ke kedai, kami pergi ke MPH to check out some latest reading material. Pengakuan: saya bukan seorang yang suka sangat membaca sebelum ni, tapi selepas jatuh sakit, saya banyakkan membaca untuk elakkan boring menunggu. Fort me, by reading books can stimulate my brain. Saya belajar menyebut perkataan dari pembacaan. Saya pun tinggal sorang2 kat rumah . Pastu saya baca kuat2 setiap patah perkataan. That is my SPEECH THERAPHY practice at home .Buat kawan2 yang ada stroke silalah berbuat demikiandan jangan segan untuk baca setiap perkataan dengan jelas dan kuat. Jangan malu2 ok.
                                                    Bits of inspirational good read. 
                                                    Beli kat MPH.

Lepas membeli belah,saya terserempak with my old and happening friend Wirdat Alias( kawan lama berlainan kursus di Uitm, Shah Alam) . He worked as a Store Manager at NEW ZEALAND NATURAL @ The Curve.Basically  this shop is an ice cream parlour chains in New Zealand. They offers a range of ice cream, Fat free Sorbet, Low Fat Frozen Yogurts, Juice ang Hot drink. Tempat ni bagus untuk sesiapa yang sedang diet. The ice cream is so yummeh...t Ehemmm... Promote tempat kerja kawan nih sebab Wirdat belanja kami berdua. I had fun with the hangout session and some throwback of our Hey Day..., with all the laughed, adviced and not forgetting the Ice Cream.

                                         Us and Ice Cream. Thank You Wirdat Alias for your 
                                         special treat.

It's already 10pm, We  are off to home. Reached home by 10.40 pm.

Frankly, I am so happy with the whole journey to The Curve yesterday. Spending time with my 2 good friends. Menyahut cabaran dan yakin dengan kebolehan diri. Bukan nak menunjuk, saya pulih awal mungkin sebab saya dapat STROKE ketika muda and maybe my metabolism is still high. Saya tidak perfect pun, tapi sebagai pesakit kita juga berhak menikmati kegembiraan. Jika anda yang sedang membaca ni sedang sakit seperti saya dan ditimpa sesuatu. Ini pesanan saya, untuk mengecapi kegembiraan perlu dari dalam diri kita sendiri. Diri kita sendiriyang menanggung beban itu, dan kita tak sepatutnya menanggunnya selamanya.Rekalah keceriaan diri dengan kreativiti anda. I really hope that you are enjoying your journey  either you are in pain or not. keep on smiling brother and sister. Wish me luck.TaTa


Monday, December 3, 2012

Hari Baru...Uniform Hijau

Mungkin ada yang sudah dapat meneka jawapan disebalik tajuk di atas. Saya nak membawa anda semua ke fasa ketika saya berada di ward di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL). Pengalaman bergelar pesakit.
                                                                        Newcomer.

Saat saya tersedar ketika itu saya dikelilingi kawan2, sanak saudara, doktor dan jururawat.Yang saya ingat lagi, saya sudah  lengkap dipakaikan persalinan hijau macam orang  katil sebelah saya dan patient lain. Rasa macam baru medaftar kat sekolah baru dengan uniform baru. Hurm..sapelah yang malang yang menyalinkan baju saya ke uniform hijau ni..errmm saya simpati sangat dengan nasib malang anda".Haishhhh.

Pertama kali membuka mata dan tersedar beberapa jam sejak saya dihantar ke unit kecmasan awal pagi hari kejadian.Saya perhatikan ramai sangat orang disekeliling saya tapi saya pun tak ingat apa yang saya cakap masa tu . The feeling is like i am the adorable circus animal. Too bad! 'Im so high and sleepy. Saya tinggalkan mereka dengan dengkuran saya utk  memeriahkan lagi keadaan ward tu .Kawan2 selalu cerita kat saya balik "Lan kau berdengkur kuat gila kat ward  macan enjin Turbo tau"...  EEEEE MALU SIOT!!!

                                                  Sorry guys, I reall need my beauty sleep.
                                                    Krooooohhhhhh.....

Nurse: Encik Azlan! sorry ya mengganggu,saya nak check blood pressure.
LaLan : Krohhhh kOHHH!!!!!( bunyi dengkur enjin Turbo emergency break ! dan saya hanya menjawab ringkas dan terpinga-pinga) ermmm ok...
Nurse :Bacaan atas 190 dan bawah 74,Tekanan darah masih tinggi tapi turun sikit dari semalam  248/86.Semalam punya sangat bahaya ya. Terima Kasih.
LaLan: Sama-sama...

Ketika itu hanya tinggal saya seorang kat situ dan Emak(tiri) saya terlelap di suatu sudut kat tepi tingkap.Orang ramai dah balik kot. Maybe they are Give up sebab I tak layan kot.Woooppss! Sorry guys, i cant help it...errr just enjoying my little moments on drugs legally haha..serius..rasa macam kena ubat pelali sebab asyik nak tidur je.Mungkin nak bagi saya rehat secukupnya supaya tekanan darah saya menurun. Thats my theory..

Bisik hati  :" Inilah aku yang baru, disabled and paralysed, cant talk properly...Syukur masih hidup. I could be dead last night kalau Tuhan nak ambil nyawa...Ini warning dari dia ni. Aku kena redha dan menerima hakikat ini sebab kejadian berpunca pada diri aku sendiri. Aku tak jaga makan! Aku tak pergi buat Medical Check Up walaupun Doktor dah pesan 2 bulan lalu, Aku biarkan diriku larut dalam tekanan kerja.Aku tak sayang diri aku sebelum ni". Luckily, I have no one to blame.

Peasaan sayu sangat masa tu mengenang nasib diri yang masih muda dan pelbagai persoalan. At this moment I really missed Arwah Mak and Bapak so much. Ye lah time kita sakit barulah meraung nak Mak dan Abah  masing2.
Sambil melayan perasaan sayu, dalam kepala saya berangan sedang menggenggam tangan kiri dan terus saya senyum sorang2 seakan ada perubahan baru yang positif. Bila toleh ke tepi itu semua khayalan saje padahal tangan kiri hanya kaku saje di tepi badan. Itulah momen paling sedih yang saya ingat and slowly air mata menitis. Bermula dari saat itu saya simpan azam untuk sihat dan saya menyimpan tekad untuk tidak perlu bersedih  menghadapi pengalaman ini. Buat apa , perlu bersedih, sedangkan saya masih bernyawa. Dari saat itulah saya berjanji pada diri untuk jadikan ini pengalaman terindah dalam diari hidup saya.

Di sini ada beberapa pengalaman baru saya, sebagai pesakit yang lumpuh separuh badan semasa  berada di ward.

PAMPERS DAN LIQUID DIET
Saya dipakaikan Pampers orang dewasa saiz XL untuk acara buang air besar. Perasaan pakai Pampers agak tidak selesa tapi lama2 ok je. Saya memang tidak mampu untuk ke toilet pada ketika itu .Macam2 helah saya minta Nurse hantarkan ke toilet  kalau saya nak poopoo.Semuanya tidak dilayan ya..sekian terima kasih.Sebab saya malu sangat kalau orang cucikan poopoo saya dan geli kalau harta karun tu terkumpul lama..bluueekk!! Tapi jangan nak bluuueekkk sangat..selesa ataupun tidak, kalau dah tak larat memang kena pakai daripada menyusahkan diri. Kalau nak tahu saya hanya minum mineral water dan buah-buahan sahaja. Haaaa...dont play play...liquid diet ok, saya tak jamah solid food pun selama 6 hari...Ini semua sebab takut terpoopoo. Rasakan perut keras..6 hari kot simpan.

URINAL BAG
Disebabkan saya x boleh ke toilet sendiri.Nurse dan rakan baik saya Shahrin sarankan supaya saya kencing melalui tiub dan air kencing saya akan dikumpulkan dalam satu bag dipanggil URINAL BAG. Shahrin!!!! I never forgive you and  your brilliant idea !!! and the Senior Staff Nurse yang menyumbatkan the urine tube into my tiny hole of the most precious part in my body. SAKITTTTTTTTT DOWHHH %^%#$^()(()(!!!!!!. Dah la tube tu panjang disumpat sampai menembusi pundi kencing supaya air kencing mengalir dengan sendiri. Basicall you dont feel to weewee pun but automatically the fluid will flows naturally into the bag.Untuk melayan imaginasi anda, sila perhatikan gambar di bawah.




POOPOO vs. WEEWEE
Tibalah hari ke enam saya menggunakan URINAL BAG. Saya rasa nak terkencing yang teramat sangat. Kali ni saya rasa nak terkencing in one batch like a normal weewee. Saya cuba kencing tapi tak leh keluar pun.Semua nurse yang saya panggil tak berani pulak tu nak bukakan tube tu sebab kena tunggu arahan dari doctor. Tension sangat masa tu dengan perasaan nak terkencing sangat tapi air tak boleh keluar. Pastu perut dah memulas mcm nak poopoo tapi saya tahan. Bayangkan 2 situasi ni berjalan serentak.It's killing me...help!

 Seumur hidup saya tak pernah rasa utk weewee sampai tarik rambut macam nak tercabut rambut. CRAZYYYY ARGHHH GET ME OUT OF HERE!!!! Dengan nada suara yang keras saya panggil doktor dan merayu utk bukak tube kat my BIRD OF PARADISE hahaha. I think the Doc pun dah tak sanggup mendengar rintihan saya yang dah ak tentu hala masa tu. Maka dengan itu, dia tarikla tube tu yang boleh tahan perit juga ya untuk dikeluarkan.Bayangkan kaedah keluar dan masukkan tube tu sangat hazaaaaaabbbb rasanya..Tahniah saya ucapkan pada diri sendiri.

Tutup hidung semua!!! cerita lepas ni tragis sikit. Selepas dah cabut tube tu, BIRD saya pun disimpan rapi di dalam pampers. Now..weewee time...Then On Your Mark get set GO!!! I cant  hold it anymore. ME  is enjoying the weewee of heaven and at the same time poopooing in the pampers for the first time ever. NIGHTMARE!!! Once i'm done, a troop of nurses came to me with all their weapons for the cleaning my YUCKS session. I just close my eyes through the entire spring cleaning service. MALUNYAAAAAA!!!!!

Moral of the story: Sesuatu yang dipakaikan kepada pesakit memang tidak akan menyelesakan, tetapi amat membantu dan memudahkan urusan semua pihak yang terlibat. Jangan degil ya...

Sekian..itu saja the best recap so far from the ward.

Peace








Saturday, December 1, 2012

Ulangtahun 2 Bulan

Hello...

Saya berumur 33 tahun dan masih bujang,Im a happy Stroke Survivor, sebelum ini bekerja dalam bidang penyiaran di sebuah Stesen TV. Basically I'm just a simple guy, friendly, easygoing and i put my job on top of everything and neglected my ownself. Duuuhhhh...

I'm not going to share with you 'What is STROKE? and blablablabla..its easier if you browse it yourself. Sound very easy kan? Memang mudah tapi apa salahnya anda taip perkataan STROKE dan bacalah segala maklumat tentang penyakit ini. Atleast you know!

When you're 33, the word "stroke" just doesn't occur to you. At least to me it didn't.  Perkataan itu memag tidak asing pada kita cuma kita tak ambil kisah. Kita selalu rasa STROKE hanya menyerang warga emas sahaja. Tapi umur produktif macam saya pun tak terkecuali , dan juga remaja dan kanak-kanak juga.

                                          Gambar tahun 2012, beberapa bulan sebelum serangan
                                          STROKE. Happy face while grabbing my shoes using
                                          both hands. Those were the days...

Semalam, genap 2 bulan saya melalui kehidupan baru sebagai pesakit STROKE. I have a blog before this but only i knew the existance of the blog. Blog syok sendiri la katakan, tulis apa yang saya suka. Euwwww...geli jugak bila baca balik...Dont worry dah delete dah.

Selama 2 bulan hilang dari kesibukan (mungkin Tuhan suruh berehat secukupnya), banyak yang saya fikirkan tentang masa depan dan kealpaan masa lampau, muhasabah diri dan membaca. My new obsessions is searching the internet and get to know in depth on what is STROKE all about and i've learned the whole meaning of the word CAREGIVER.

Barulah tergerak hati nak aktifkan blog.I think through blogging  I still can be the caregiver  to spread on the STROKE awareness and inspire the public especially to the stroke patient. Tapi janganlah harap saya akan berbicara sedalamnya macam doktor witl all the boombastic medical terms. Nanti nak tunjuk hebat kononnya tapi bagi ajaran salah.

Dalam 2 bulan ni saya bersyukur sangat dengan perkembangan positif diri saya. Syukur saya kini mampu berjalan tanpa tongkat (tapi slow aje), tangan kiri boleh angkat dan genggam tapi masih agak lemah untuk pegang barang.

                                         This picture was taken on 30th Sept 2012 a few hours 
                                         after the attack. Syukur kerana masih diberi kesempatan
                                         sehingga hari ini.


Blog ini adalah sumbangan kecil saya sahaja untuk memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja mengharungi ujian hidup. Itulah sebab saya namakan MY WONDERFUL JOURNEY OF STROKE. Saya akan share my beautiful journey dengan cara yang mudah dan senang difahami.And to those of you who read along, I thank you for giving your precious time scrolling into my simple journal as a stroke patient. 

 Peace.