Sunday, October 4, 2015

Terima kasih THE TRAVELLER diatas penulisan yang sangat hebat ini. Semoga perkongsian dari saudara penulisnya, Devaraj dapat memberi inspirasi buat sahabat yang senasib dengan saya. Saya belum pulih 100% tapi dengan apa yang ada SAYA BANGKIT. Jangan Bimbang...Tuhan ada.

BAYANGKAN anda sedang berada di puncak hidup dalam usia 33 tahun. Segala-galanya indah dan tambah indah pula, dikelilingi kawan-kawan yang baik hati.
Dan ketika usia semuda 33 tahun, anda kena serangan angin ahmar! (Stroke). Akibatnya anda lumpuh sebelah badan!
Itulah yang dialami bro Azlan Zainudin, yang kini merupakan Event Manager di Talent Lounge.
Ketika menghadiri majlis hari jadi seorang kawannya, dan sibuk berinteraksi, Azlan terduduk. Azlan cuba bangun, namun tidak mampu. Dicubanya lagi dan lagi, masih tidak mampu.
Kawan yang menyedari keadaan itu segera menanyakan keadaannya. Azlan tidak mampu menjawab pertanyaan dengan baik. Segera kawan-kawannya papah dirinya yang ketika itu 120 kg. dan menghantar ke hospital.
Selepas sedar dari pengsan, doktor menyatakan dirinya bernasib dihantar ke hospital dengan pantas untuk rawatan. Pendarahan dalaman belum merebak. Doktor menyatakan Azlan mengalami mild stroke. Bahagian kiri badannya lumpuh!
Selama lebih tujuh bulan, Azlan menderita lumpuh, kesukaran bercakap dan mengalami kemurungan.


"WHY ME? MENGAPA TAK KENA PADA ORANG LAIN" itulah antara perasaan awal Azlan. Memang sukar menerima situasi baru dirinya. Malah, jiwanya tertekan hingga seakan-akan menyalahkan Tuhan. "Mengapa tak ambil sahaja dirinya secara penuh", soal hatinya.
Azlan merasakan dirinya tak berguna lagi. Perasaan sebegitu menguasai diri selama satu setengah tahun.
MALAH AZLAN ADA TERFIKIR UNTUK BUNUH DIRI!
Selepas keluar hospital dan kembali kerja setelah keadaan diri lebih baik, minat kerja (kerja lama) kian pudar. Sebelum sakit, Azlan merupakan workaholic, sanggup bekerja hingga larut malam. Tapi itu dulu. Kini, apabila melihat rakan sekerja lama, jiwanya memberontak, seakan-akan menyalahkan mereka.
Azlan menangis. Akhirnya dia berhenti kerja.
Azlan menjadi anti sosial. Azlan berada dalam keadaan begitu selama satu setengah tahun.
Akhirnya Azlan sedar, tidak boleh selama-lamanya begitu. Hidup perlu diteruskan.
Kawan baiknya menegur "jangan bergantung pada simpati orang lain. Semua orang sibuk dan utamakan hidup masing-masing".
Tambah kawannya, kita harus bantu diri sendiri.
Azlan mula berubah. Ada kesedaran baru. "Sblm masyarakat terima kita, kita kena terima diri dlm pakej baru (OKU)."
Ya, Azlan kini dalam pakej baru: OKU.


"Don't worry masyarakat tak terima. Bukan masyarakat yg beri makan. Jarakkan diri Dari org negatif" nasihat Azlan.
Azlan kini sudah "bangkit" daripada hidupnya yang "terduduk". Walaupun penyembuhan masih berlangsung, dirinya sudah me miliki kekuatan baru.
Azlan yang berusia 36 tahun mempunyai karier hebat di Talent Lounge sebagai Event Manager.
Walaupun dirinya OKU, semangatnya bukan OKU lagi, sebaliknya semangat kental dan waja!
Dia mempunyai keyakinan tinggi untuk hari muka yang lebih cemerlang!
SYABAS AZLAN, DIKAU SUMBER INSPIRASI UNTUK SEMUA.
---------------------


Bro Azlan Zainudin berkongsi pengalaman hidupnya untuk memberi motivasi kepada semua dalam program ‪#‎SaySomethingNice‬ pada petang Sabtu, 3 Oktober 2015 di Talent Lounge. Program itu anjuran Serviver Clan, Talent Lounge dan Zubedy

No comments:

Post a Comment