KISAH STROKE LALAN

Pada malam 30 Sept 2012, saya menghadiri sambutan majlis harijadi sahabat saya di sebuah Pusat Karaoke di KL. Seperti biasa majlis berjalan dengan sangat happening dengan gelak tawa rakan-rakan yang hadir. Al maklumlah lama tak berjumpa!

Tiba-tiba terdengar lagu K pop I'LL BE BACK by 2PM berkumandang! Favorite song tu. Sekali saya dah naik shehhh..la pulak. Sambil orang menyanyi saya pun ligat menari dengan seorang rakan. Nak warm out la kononnya.

Lepas lagu tu selesai kami pun bergelak ketawa..seronok sangat.

Tiba -tiba....

" Lan ko ok ke? bagi dia air!" Rakan 1
"Oh my god! air tumpah!" Rakan 2

I still can remember it clearly. Saya terduduk secara tiba-tiba dan cuba untuk bangun banyak kali tapi tak boleh. Saya tak boleh menggerakkan anggota badan dari pinggang ke bawah.
Detik cemas dan tindakan segera rakan-rakan adalah selepas saya mula bercakap pelat (slurred) dan air tak masuk ke mulut selepas disuakan botol mineral ke mulut saya.

and the drama begins...

Saya dipapah oleh rakan-rakan yang berjiwa besar untuk menolong. Dek kerana tubuh badan saya yang sangat comel ni hahaha.. Akhirnya mereka give up..poor me huhu...Gosh! clock is ticking . Bak kata Kump. MUSE - TIME IS RUNNING OUT.

TING!!!! ada juga otak yang bergeliga dan kreatif. Settled!
Saya ditolak ke parking basement menggunakan ' L SHAPE TROLLEY' yang digunakan untuk mengangkat cheffing dish untuk buffet set up. Trolley makanan ya semua. This is so funny bila ingat balik.

HKL
Saya melalui beberapa proses saringan di Unit Kecemasan HBKL untuk mengenalpasti penyakit saya sebelum dihantar ke ward. Dalam kepala saya dalah Darah Tinggi. Sambil tu mata mengerling keadaan sekelililng. It's pretty chaotic at the emergency unit at 2am at HBKL. Kebanyakan mangsa kemalangan and luka , patah sana sini. semua mereka dan termasuk saya sedang menunggu giliran ke ward masing-masing. CHECKED IN TIME!!!! The last thing I remembered, I am surrounded by my close friends,brother, cousins who manage to rushed to the hospital on that particular morning.

Wad 28, Tingkat 4...

Celik saje mata, baru sedar saya lumpuh sebelah kiri badan. I cant move my feet and hand dan tiada deria rasa. Fikiran jadi kosong tak boleh berfikir untuk reaksi sedih, terkejut, menerima takdir, atau menangis dan sebagainya. Inilah LaLan yang baru....

Name : MUHAMMAD AZLAN BIN ZANUDIN
Age : 33 y.o
Sex : MALE
D.O.A : 30th Sept 2012 (DOA = date of arrival)
Diagnos: Stroke - Basal Ganglia Bleed (Info: http://byebyedoctor.com/basal-ganglia-stroke/

Dulu...

I'm a  happy Chubby Guy. Naaaaaa...Im obesed and a proud owner of 122kg body beautifoooooollll. I'm a Clown to the rest of my beloved friends. Pendek kata peramah la.Suka angkat bakul sendiri..Maklumlah attention seeker . I love my last job so much and I did worked smartly and so hard to impress whoever up there but sadly NO ONE have noticed my credibility. Mungkin belum cukup bagus. Maaf.. tiba2 teremosi. Ini juga tauladan buat anda yang bekerja dengan ikhlas tetpi masih tiada ikatan tetap dari syarikat anda bekerja, anda harus berfikir sedalamnya untuk meneruskan atau tidak. Minat yang mendalam dan pengorbanan tenaga dan waktu tidak mencukupi jika anda bukan staff tetap. Seperti saya pun hanya akur kepada ujian rezeki. Tiba-tiba diserang stroke, saya adalah sebagai pesakit yang tiada insuran, Medical Card,dan tiada pampasan kemalangan dari syarikat kerana saya hanya Contract Staff. Anda semua, elakkan jalani kehidupan brisiko dan tidak mahu anda rasai keperitan seperti saya.

Hadiah dari Stroke
  •  Saya hilang upaya untuk berkomunikasi dengan baik.Mulut senget ke kiri
  • serta lumpuh bahagian kaki dan tangan dan hilang deria rasa anggota badan sebela kiri.
Segala curahan hati dan pengalaman indah akan saya kongsi semoga menjadi inspirasi anda menyelami keindahan melalui sebuah kesakitan. Saya juga manusia biasa punyai aura positif dan negatif dalam diri. Tapi..belum rasa belum tahu kan..so inilah perjalanan saya sebagai pesakit Stroke.




No comments:

Post a Comment