Wednesday, July 22, 2015

Do you have any tips for maintaining a positive attitude during stroke recovery?


Mudah saje. serapkan aura positif dalam diri. Kita semua tidak dilahirkan sebagai seorang yang perfect.  Somedays we are drowning in negativity, tapi harus cepat selamatkan daripada hanyut.Dah lemas nanti menyusahkan diri sendiri.

Jangan risau akan penilaian orang sekeliling terhadap diri sendiri. Siapa yang mahu berjalan terdengkot-dengkot, mulut senget, tangan tak bergerak dan sebagainya. Yang paling penting, kita harus terima keadaan tersebut sebagai diri kita yang baru. Penerimaan pakej diri terbaru  perlu disematkan. Appreciate setiap kekurangan yang dianugerahkan. Life is full of options. Must always choose positivity. That is the KEY!

Jika bersedih... Menangislah. Then you will feel better. Jangan sesekali cederakan diri merasakan diri tudak berguna.

Ketika di Ward, saya pernah berdoa minta di cabut nyawa sehinggakan disebelah malam saya meraba meja sebelah saya untuk mencapai objek tajam untuk tikam diri sendiri.Ibaratnya saya harus mati pada malam tu. Dramatik sungguh kelakuan saya haha. Lantas ada sesuatu yang berlaku dihadapan saya  yang membantutkan tindakan saya dan terus saya soal diri sendiri:

Hey! Aku masih hidup lagi. Tuhan bagi nafas lagi. Kenapa aku minta mati. Adakah aku sudah bersedia? Maknanya Tuhan sayangkan aku. Bermula dari saat itulah saya mula manfaatkan peluang KEDUA dengan sebaiknya. Terlalu Syukur.

Fellow Strokee,
Ini tip dari saya, sometimes you have to make fun with your disability. Kita sudah lalui penderitaan dari pelbagai fasa and all that struggles. Episod yang sangat menyedihkan dalam hidup kalian.  Maka dengan itu berseronoklah dengan packaging terbaru anda. Jangan asyik meminta simpati dari masyarakat sekeliling termasuk kaum keluarga, akhirnya takde siapa yang nak melayan kerenah kita. Let say,  If kena panjat tangga yang tinggi. Challenge yourself kononnya anda sedang bertanding dengan peserta lain. On your mark get set go! Pasti Boleh. I always do that. Nak berpaut ke... langkah satu-satiu ke lantaklah janji kita sampai. Of course you are the only winner in that race! : )


As cliche as it is: BE POSITIVE! Put a smile on your face and chin up!

Have a nice day.

SERVIVER

Monday, July 20, 2015

‘Be strong! Your superpower is STROKE, You are so special’



Selamat Hari raya dan Maaf Zahir Batin buat semua.

Pengertian raya dan penerimaan diterima berbeza bagi setiap kita.

Aidilfitri kali ini, saya memilih untuk beraya bersama ibu tiri saya di kampung halaman  DI Teluk Intan, Perak. Raya sebelum ni saya tetap pulang beraya tapi bila dah menjengah raya ke 4 dan 5 baru sampai. Bak kata orang raya pun dah basi haha.

Kali ini saya pulang sehari sebelum hari raya. Sambutanya sungguh sederhana berdua.
Nothing fancy…Ala Kadar seadanya yang penting syukur dengan apa yang ada dan bermaafan. Saya pun dulu ada juga momen terlalu mencuba untuk terlalu terikut –ikut resam kemeriahan rumah lain. Namun yang ditakdirkan sebaliknya untuk saya, just go with the flow sahaja dan ikut cara tersendiri. Percayalah akhirnya kita akan selesa dengan cara sendiri.

Sejujurnya, seronok tengok setiap orang paparkan kemeriahan mereka beraya. I really enjoyed it. Itu cerita raya saya tahun ni.

Pada sebelah malam raya kedua, saya telah terbaca status rakan yang juga pesakit STROKE – 

‘orang herdik aku,sebab aku stroke..Allah ada..’

Pedih sungguh bunyinya, harapnya sahabat saya itu tabah berdepan dengan pressure macam ni.Bila dimusim perayaan ni maka dengan itu ramailah pakar penasihat datang bertandang. You cant stop that. Kiranya macam orang tujukan soalan Bila nak kahwin? Bagi yang belum kahwinlah.Mungkin intonasi dan approach yang kurang manis buat sahabat saya tadi tersentap.

Saya pernah berdepan dengan situasi macam ni terus saya tarik muka.Tapi orang masih berperangai macam tu. Kalau ada kuasa memang rasa nak halau keluar dari rumah je. Percayalah tiada siapa yang nak tengok orang menderita. Tapi setiap orang hadir dalam karakter berlainan, telanlah kepahitan itu seringan ringannya. Orang tu sayangkan kita tapi mereka tak faham. Tak faham bahasa pun ada jugak haha. Chill aje. Maafkan aje lah. Sebagai pesakit, kita memang agak defensive dan sensitive dengan kritikan. Don’t worry, I have that in me until today and its normal.

Jangan terlalu memikirkan, kuatkan diri. Saya selalu cakap pada diri, “ Semua orang takkan mengerti sebab mereka tidak melaluinya, aku hanya ada diriku, dan Tuhanku, berdoalah” Insyallah lega rasanya.

Buat sahabat saya, kalau anda terbaca.
‘Be strong! Your super power is STROKE, You are so special’
Untuk sampai setakat ini, awak sangat kuat mengharunginya. Setakat melayan herdikan tu tak penting sangatlah, teruskan perjuangan. Isi masa lapang dengan keazaman dan hiburkan diri dengan apa yang anda suka. Kita saja yang mengerti. Maafkanlah sesiapa saje. You will feel better.

Thanks for reading this! Maaf Zahir Batin semua .

SERVIVER.

Tuesday, July 7, 2015

JANGAN BIMBANG Review




Lagu JANGAN BIMBANG merupakan sebuah karya yang menggabungkan elemen setiakawan,kejujuran dan kebajikan. Ia adalah inisiatif KENGKAWAN PROJECT bersama beberapa insan seni berkerjasama menyumbangkan kepakaran masing-masing secara percuma menghasilkan sebuah lagu yang boleh diangkat menjadi ‘self anthem’. Ia merupakan saluran untuk mengumpul dana secara berterusan utk misi kemanusian & kemasyarakatan yang dijalankan oleh KENGKAWAN PROJECT. Single ini boleh dibeli melalui iTunes & Spotify, manakala jualan CD boleh dipesan melalui FB: Kengkawan Project. Setiap pembelian/ hasil kutipan dari lagu ini akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Lagu JANGAN BIMBANG dinyanyikan oleh Adeep Nahar, Altimet, Baba Andy, Erwan Muhibbain, Dan LOKA.

Secara jujurnya, idea mengutip dana melalui iTunes & Spotify, sangat bijak!. Dengan  cara pemasaran yang betul tidak mustahil lagu ini dapat bersaing dengan lagu-lagu bergenre ’mainstream’lain di Radio dan TV.

Trak JANGAN BIMBANG dibuka dengan baik dengan berteraskan lirik yang mudah difahami tentang perjuangan  dalam mengharungi setiap cabaran getir yang melanda dalam hidup. Teruskan berdoa dan bertawakal. Muzik yang catchy dan Trak korus yang berulang ulang adalah tindakan yang bijak agar lagu ini mudah diingati. Terus terang pertama kali mendengar lagu ini korusnya sudah bermain diminda.

Teruskanlah hidup walau terluka
Teruskanlah hidup jangan mengalah
Teruskanlah hidup dengan percaya
PadaNya kita berdoa

Rap oleh Altimet merupakan kekuatan lagu ini. Penyampaian yang bersahaja bagaikan mendengar nasihat dari seorang sahabat. Sangat adore dengan part lirik oleh Altimet, kata-katanya bagaikan syair moden:

Rap 1
Mati kutu jalan buntu
Tak tahu langkah seterusnya tapi hati melulu
Mata kalut otak serabut
Usah kabut tapi hasilnya ke laut
Keluh hati siapa perasan
Titik peluh selautan aku berselaman
Mandi air matanya berapa tempayan
Harap mentari esok selepas gelap semalam
Aku terus melangkah satu persatu
Terus kehadapan kalau kamu di sisi aku
Walau nampak tak bergerak aku tak pernah kaku
Tak pernah mengalah hingga mendung ini berlalu

Rap 2
Tiang rumah ku harap ada lima
Kejayaanku kakinya tiga
Pertama usaha gerak kaki tangan kerja
Subuh ke senja ke subuh ke senja
Kedua aku cuma buat doa
Aku pengemis aku meminta semua
Akhir sekali tawakal pada yang Awal
Serahkan segala pada Terhandal
Jadi kerjakan yang ada dalam kawalan
Lepas tu, kita tadah tangan
Lepas tu, kita lepaskan
Itu saja cara
Dah jelaskan?

Secara keseluruhannya, lagu ini adalah sesuatu dan sangat istimewa! Secara peribadi, ia juga satu medium ‘self help’ untuk setiap pendengarnya. Setiap seorang dari kita mempunyai isu dalam diri mereka. Mungkin lagu ini dapat diterima sebagai panduan, nasihat dan motivasi.Tahniah KENGKAWAN PROJECT kerana berjaya menerbitkan halwa telinga yang sempurna ini.


Untuk sahabat semua, anda boleh membeli sambil menderma lagu ini di iTunes & Spotify. Saksikan muzik video lagu ini di KengkawanProject Youtube channel: 

https://www.youtube.com/watch?v=AGm1JnUFnMg

, CD Jangan Bimbang sudah boleh didapati melalui sumbangan bermula dengan RM10 (tidak termasuk postage). RM7(semenanjung) dan RM10 (sabah&sarawak) atau boleh ambil sendiri dengan menghubungi admin Kengkawanproject.
.
Istimewanya CD Jangan Bimbang ini, ia bukan hanya lagu sahaja, tetapi diselitkan juga mutiara kata sebagai pedoman untuk kita semua. InsyaAllah.
.
Caranya:
Bayaran boleh dibuat kepada admin Kengkawanproject
Faizal Mahmood (Maybank : 114254022009).

Slip bayaran boleh dihantar ke no: 012-3893663 atau email ke: kengkawanproject@gmail.com.