Wednesday, December 12, 2012

Kisah Hati

Hmmmm dalam jugak maksud tajuk kali ini.  Kali ni, saya nak bercerita tentang hati dan perasaan seorang yang bergelar pesakit.Sebolehnya saya nak bercerita pasal benda happy je kat sini. Tapi saya juga manusia biasa bukannya Robot yang boleh di programkan moodnya sesuka hati. Sedaya upaya saya membentuk diri agar positif dan kuat. Namun ada harinya emosi saya juga  mampu hanyut dipukul ombak perasaan.

Semenjak dua menjak ni, saya sering tidak berpuas hati dengan keadaan disekeliling, sering mempersoalkan beberapa rasa tidak puas hati terhadap orang disekeliling saya seperti ahli keluarga sendiri. Kadang tu satu dua permintaan tidak ditunaikan, tidak menepati masa, an macam2 hal kecil saya akan perbesarkan. Sesuatu isu tu kiranya boleh bikin Angin satu badan.Boleh bikin GHOST FESTIVALla ( GHOST FESTIVAL adalah ungkapan rekaan saya gunakan dengan kawan2, bahasa ringkasnya sama jugak dengan NAIK HANTU!)

 Rupanya rapuh juga ya hati orang sakit ni. Over sensitif rupanya. Sebelum ni kalau perkara remeh malas nak amik port. I dont give a **whatever you like to fill in** because I can do it by myself. Memang resam saya ni tak suka menyusahkan orang sangat dan saya ni tak suka menunggu!**Yelah..itu time kau sihat LaLan oiii!!!

Saya pun mulalah tarik muka, merajuk, merentan dengan segala jenis perangai poyo ni kat sape yang berkenaan. Lately ni yang selalu jadi mangsa ialah adik saya sendiri. Selagi tak diselesaikan isu tu selagi tu tak tenang.  Konsepnya kalau gatal kena garu kejap tu jugak. Barulah boleh tidur dengan nyenyak. Maksudnya, kalau ada sesuatu isu saya terus je cakap pada orang yang saya tak puas hati tu. Namun sebagai orang yang matang, saya cuba memahami dan memaafkan, maklumlah kalau selalu berkonfrontasi pun tak elok juga. perasaan orang perlu dijaga juga..

" Tapi saya juga ada perasaan dan prinsip dalam hidup".bisik hatiku.

 Tapi aku tak bolehla menyuarakan ketidakpuasan hati ni selalu nanti mereka dah tak nak tolong aku lagi. Tersepit pulak .cue lagu DIPERSIMPANGAN DILEMMA NORA!!! memang kena sangat.

"Apa salahku...Kau buat ku begini....Lalala...


Bila rujuk dengan kwn2. Ini pulak kisahnya:

"Kau kena faham Lan, selain kau.. dorang ada juga masalah lain" Kawan 1

"Kau tak boleh pentingkan diri sendiri" Kawan 2

"Sabar..kau tak boleh samakan kehidupan kau dengan mereka" Kawan 3

"Aik! aku yang salah akhirnya". LaLan

Dush!!! tersentak hatiku mendengarkan komen dari kwan2! so i'm the culprit la?, Am i that bad? so I am the problematic person?  Yang jahatnya akula sekarang ni.


Semenjak kena belasah dengan kawan2, Memang saya sedih dan terasa hati. 2 harila jugak saya menilai diri..Audit Diri la konon.

Bisik Hati: Lan... kau patut bersyukur sebab ada orang nak menjaga kau yang sakit ni secara sukarela tau. What if adik kau tak nak jaga kau..Parah hidup kau...bersyukurlah, ada orang hendak menerima kau. Maafkanlah dia dan sesiapa sahaja, pejamkanlah mata kau tu kalau ada benda yang tidak menyenangkan hati. . Sa bbarlah sikit. Tak semua boleh ikut aturan hidup kau! Kau tak boleh expect semua manusia akan patuh dengan telunjuk kau saje, Salah tu!

Sejak dari itu, saya semakin  mengerti tentang sensiviti individu disekeliling saya. Mungkin jua, selama ini saya banyak masa dihabiskan di rumah, kehidupan saya sunyi dan boring. Jadi saya suka mencari salah orang. Segalanya tak kena.  Kena belajar bersabar ni...

Buat kawan2 yang ada perangai GHOST FESTIVAL macam saya ni especially yang sakit tu hayatilah cerita poyo saya yang terlepas laku ni. Saya akui sejak jatuh sakit perasaan sangat sensitif. Paranoid dan seakan bimbang hilang perhatian. Saya boleh samakan perangai orang sakit seperti saya ni macam ibu bapa kita yang tua yang dahagakan perhatian, kadang2 tu perangai sebiji macam budak kecil. Kuat merajuk dan sebagainya. Bersyukurlah masih ada orang nak menjaga kita yang sakit ni. Jangan cepat melatah nanti orang benci!

 Lihat diri kita sedalamnya. Mungkin, kita ni banyak sangat masa terluang dan terlebih rehat sampaikan kesalahan orang pulak yang kita cari. Off course la, we are enjoying our 24 hours and do nothing at home. Jadi selepas proses mengaudit diri dijalankan, saya mula pasang strategi untuk membunuh perangai buruk saya. Kenalah bertindak sebelum orang bencikan diri ini kannn....Kini saya mula isi masa dengan menyibukkan diri. Atleast I have something to do to keep me busy, instead of finding people's fault. Kalau ada hari free saya buat temujanji dan keluar bersiar- siar dengan teman dan jemput teman ke rumah (Atleast I can share my thoughts with my friends), tengok wayang ( haha walaupun turun tangga pawagam tu dekat nak habis ending credit tu baru sampai bawah hihi.. ), banyakkan membaca, do more physical exercise (Practise makes perfect. Actually, we need a breather in life, barulah tak boring. You can just create any activities that you loved most( haruslah yang sesuai dengan tahap kesihatan anda jugak ye). Paling penting, gunakanlah waktu sakit ni untuk berMUHASABAH DIRI. Saya akui memang banyak dugaan mental selain fizikal akan menduga hidup sebagai pesakit. Maka dengan itu, tahap kesabaran haruslah cemerlang ya.  Akhir kata chill kan diri tu sudaaahh jangan runsing. Janganlah hiasi diri kita dengan kekusutan.. Enjoy your day.

Peace

LaLan




1 comment:

  1. Sabar banyak2 u ols. Semua ini dugaan. I believe you can get through this. Walaupun dah banyak kali hem cakap benda yang sama, but I guess semangat dan iltizam tidak pernah melunturkan niat seseorang untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelumnya.

    Anggap ini adalah kepayahan sebelum menemui kejayaan di kemudian hari. What ever it is, I'm proud of you and will always pray for your recovery.

    Ingat semangat Fantine! Wah, gitewww....Kuekness dah! Hahahahaha...

    Have a nice day! :)

    *P.S. - Teringin pula nak buat blog. Hehehe...

    ReplyDelete