Monday, July 20, 2015

‘Be strong! Your superpower is STROKE, You are so special’



Selamat Hari raya dan Maaf Zahir Batin buat semua.

Pengertian raya dan penerimaan diterima berbeza bagi setiap kita.

Aidilfitri kali ini, saya memilih untuk beraya bersama ibu tiri saya di kampung halaman  DI Teluk Intan, Perak. Raya sebelum ni saya tetap pulang beraya tapi bila dah menjengah raya ke 4 dan 5 baru sampai. Bak kata orang raya pun dah basi haha.

Kali ini saya pulang sehari sebelum hari raya. Sambutanya sungguh sederhana berdua.
Nothing fancy…Ala Kadar seadanya yang penting syukur dengan apa yang ada dan bermaafan. Saya pun dulu ada juga momen terlalu mencuba untuk terlalu terikut –ikut resam kemeriahan rumah lain. Namun yang ditakdirkan sebaliknya untuk saya, just go with the flow sahaja dan ikut cara tersendiri. Percayalah akhirnya kita akan selesa dengan cara sendiri.

Sejujurnya, seronok tengok setiap orang paparkan kemeriahan mereka beraya. I really enjoyed it. Itu cerita raya saya tahun ni.

Pada sebelah malam raya kedua, saya telah terbaca status rakan yang juga pesakit STROKE – 

‘orang herdik aku,sebab aku stroke..Allah ada..’

Pedih sungguh bunyinya, harapnya sahabat saya itu tabah berdepan dengan pressure macam ni.Bila dimusim perayaan ni maka dengan itu ramailah pakar penasihat datang bertandang. You cant stop that. Kiranya macam orang tujukan soalan Bila nak kahwin? Bagi yang belum kahwinlah.Mungkin intonasi dan approach yang kurang manis buat sahabat saya tadi tersentap.

Saya pernah berdepan dengan situasi macam ni terus saya tarik muka.Tapi orang masih berperangai macam tu. Kalau ada kuasa memang rasa nak halau keluar dari rumah je. Percayalah tiada siapa yang nak tengok orang menderita. Tapi setiap orang hadir dalam karakter berlainan, telanlah kepahitan itu seringan ringannya. Orang tu sayangkan kita tapi mereka tak faham. Tak faham bahasa pun ada jugak haha. Chill aje. Maafkan aje lah. Sebagai pesakit, kita memang agak defensive dan sensitive dengan kritikan. Don’t worry, I have that in me until today and its normal.

Jangan terlalu memikirkan, kuatkan diri. Saya selalu cakap pada diri, “ Semua orang takkan mengerti sebab mereka tidak melaluinya, aku hanya ada diriku, dan Tuhanku, berdoalah” Insyallah lega rasanya.

Buat sahabat saya, kalau anda terbaca.
‘Be strong! Your super power is STROKE, You are so special’
Untuk sampai setakat ini, awak sangat kuat mengharunginya. Setakat melayan herdikan tu tak penting sangatlah, teruskan perjuangan. Isi masa lapang dengan keazaman dan hiburkan diri dengan apa yang anda suka. Kita saja yang mengerti. Maafkanlah sesiapa saje. You will feel better.

Thanks for reading this! Maaf Zahir Batin semua .

SERVIVER.

Tuesday, July 7, 2015

JANGAN BIMBANG Review




Lagu JANGAN BIMBANG merupakan sebuah karya yang menggabungkan elemen setiakawan,kejujuran dan kebajikan. Ia adalah inisiatif KENGKAWAN PROJECT bersama beberapa insan seni berkerjasama menyumbangkan kepakaran masing-masing secara percuma menghasilkan sebuah lagu yang boleh diangkat menjadi ‘self anthem’. Ia merupakan saluran untuk mengumpul dana secara berterusan utk misi kemanusian & kemasyarakatan yang dijalankan oleh KENGKAWAN PROJECT. Single ini boleh dibeli melalui iTunes & Spotify, manakala jualan CD boleh dipesan melalui FB: Kengkawan Project. Setiap pembelian/ hasil kutipan dari lagu ini akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Lagu JANGAN BIMBANG dinyanyikan oleh Adeep Nahar, Altimet, Baba Andy, Erwan Muhibbain, Dan LOKA.

Secara jujurnya, idea mengutip dana melalui iTunes & Spotify, sangat bijak!. Dengan  cara pemasaran yang betul tidak mustahil lagu ini dapat bersaing dengan lagu-lagu bergenre ’mainstream’lain di Radio dan TV.

Trak JANGAN BIMBANG dibuka dengan baik dengan berteraskan lirik yang mudah difahami tentang perjuangan  dalam mengharungi setiap cabaran getir yang melanda dalam hidup. Teruskan berdoa dan bertawakal. Muzik yang catchy dan Trak korus yang berulang ulang adalah tindakan yang bijak agar lagu ini mudah diingati. Terus terang pertama kali mendengar lagu ini korusnya sudah bermain diminda.

Teruskanlah hidup walau terluka
Teruskanlah hidup jangan mengalah
Teruskanlah hidup dengan percaya
PadaNya kita berdoa

Rap oleh Altimet merupakan kekuatan lagu ini. Penyampaian yang bersahaja bagaikan mendengar nasihat dari seorang sahabat. Sangat adore dengan part lirik oleh Altimet, kata-katanya bagaikan syair moden:

Rap 1
Mati kutu jalan buntu
Tak tahu langkah seterusnya tapi hati melulu
Mata kalut otak serabut
Usah kabut tapi hasilnya ke laut
Keluh hati siapa perasan
Titik peluh selautan aku berselaman
Mandi air matanya berapa tempayan
Harap mentari esok selepas gelap semalam
Aku terus melangkah satu persatu
Terus kehadapan kalau kamu di sisi aku
Walau nampak tak bergerak aku tak pernah kaku
Tak pernah mengalah hingga mendung ini berlalu

Rap 2
Tiang rumah ku harap ada lima
Kejayaanku kakinya tiga
Pertama usaha gerak kaki tangan kerja
Subuh ke senja ke subuh ke senja
Kedua aku cuma buat doa
Aku pengemis aku meminta semua
Akhir sekali tawakal pada yang Awal
Serahkan segala pada Terhandal
Jadi kerjakan yang ada dalam kawalan
Lepas tu, kita tadah tangan
Lepas tu, kita lepaskan
Itu saja cara
Dah jelaskan?

Secara keseluruhannya, lagu ini adalah sesuatu dan sangat istimewa! Secara peribadi, ia juga satu medium ‘self help’ untuk setiap pendengarnya. Setiap seorang dari kita mempunyai isu dalam diri mereka. Mungkin lagu ini dapat diterima sebagai panduan, nasihat dan motivasi.Tahniah KENGKAWAN PROJECT kerana berjaya menerbitkan halwa telinga yang sempurna ini.


Untuk sahabat semua, anda boleh membeli sambil menderma lagu ini di iTunes & Spotify. Saksikan muzik video lagu ini di KengkawanProject Youtube channel: 

https://www.youtube.com/watch?v=AGm1JnUFnMg

, CD Jangan Bimbang sudah boleh didapati melalui sumbangan bermula dengan RM10 (tidak termasuk postage). RM7(semenanjung) dan RM10 (sabah&sarawak) atau boleh ambil sendiri dengan menghubungi admin Kengkawanproject.
.
Istimewanya CD Jangan Bimbang ini, ia bukan hanya lagu sahaja, tetapi diselitkan juga mutiara kata sebagai pedoman untuk kita semua. InsyaAllah.
.
Caranya:
Bayaran boleh dibuat kepada admin Kengkawanproject
Faizal Mahmood (Maybank : 114254022009).

Slip bayaran boleh dihantar ke no: 012-3893663 atau email ke: kengkawanproject@gmail.com.

Friday, December 28, 2012

Saya bingung...Adakah rawatan urut Tradisional bagus untuk pesakit Stroke?

Salam... hampir 2 bulan lebih saya telah menjadi Stroke Survivor. Alhamdulillah,,banyak positive progress yang berlaku berkat dari kesabaran, kecekalan dan kedegilan. Nak update pembaca semua, sekarang ni saya mampu berjalan kaki lebih dari setengah jam  woo hooo!!!! tangan kiri boleh angkat, genggam tapi masih lemah. Sedaya upaya saya selalu bagi kerja kat tgn kiri. kasi dera tgn kiri saya haha..

Saya masih lagi menjalani rawatan intensif FISIOTERAPI di Hospital Sungai Buloh, dua kali seminggu. So far the physio treatment is very good, plus this Hospital have a very well trained Physiotherapist. Selain itu saya masih lagi meneruskan rawatan AKUPUNTUR sejak sebulan saya terkena serangan Stroke. Semua rawatan ini menjadikan saya sihat waalfiat  seperti hari ini.

Perlukah mengurut tradisional?
Pembaca semua saya sangat bingung. Saya perlukan nasihat anda. Arahan untuk saya pergi mengurut tradisional saya dah dengar sejak saya kat katil hospital lagi. Kalau sedara mara dari kampung je mesti suruh pergi mengurut. Ada tu, bila dapat tahu saya belum pernah pergi mengurut, sampaikan ada yang sindir dan hairan kenapa saya melengahkan rawatan mengurut nih.Macam dosa besarla tak pergi mengurut lagi.

I am confused and not convinced by them,, thats it! Patutkah saya pergi mengurut. I really hope that, one day a healthy Stroke patient come to me and suggest the best tukang urut for me. Then I will go. Kebanyakan yang bagitahu Tukang zurut yang dorang recomend tu mmg best in the world la. Come on la. Saya bukan budak kecik and only listen to rumours. It just that, I am not convince. Adakah kaedah rawatan urut tradisional is really good for Stroke patient? Kindly please suggest and leave your briliant comment. I'm lost pasal bab urut ni. dan takut kena urut..sakit!!!!!!

Friday, December 21, 2012

Buah pandangan...

"FRUSTRATION IS ANOTHER WAY TO MOVE ME"

"KESAKITAN ITU ADALAH SEBUAH KEINDAHAN"

"BIARKAN BARAN DAN KEDEGILAN MERESAP KETIKA PROSES PEMULIHAN. AURA NEGATIF INI MAMPU MEMAKSA DIRI UNTUK MELAWAN KESAKITAN DAN MEMBUATKAN SAYA MAMPU MENGGERAKKAN ANGGOTA BADAN YANG LEMAH"

"AKHIRNYA HANYALAH AKU DAN DIRIKU... JANGAN TERLALU BERGANTUNG KEPADA ORANG TERDEKAT KETIKA PROSES PEMULIHAN. KITA PERLU TANAMKAN SIFAT BERDIKARI WALAU SESUSAH MANAPUN"

"JUST CHILL DURING YOUR FUN RECOVERY"

Thursday, December 20, 2012

Yakin Itu Penting

Halloooo..

Sorry dah lama saya tak hantar entry baru kat sini. Maklumlah dah dapat semangat baru nak lari dari kedukaan beberapa minggu yang lalu. (telah saya luahkan dalam entry - Kisah Hati). Selagi boleh saya cuba padatkan masa dengan beberapa aktiviti. Punyalah gigih nak rawat jiwa yang kosong.

Sejak akhir2 ni semakin kerap saya berjalan dengan kawan2 keluar ke Shopping Complex. Padahal kawan2 datang nak lepak ke rumah. Ade je helah saya supaya boleh diheret gi jenjalan. Bukannya apa...selain dari dapat segarkan pandangan, boleh juga pulihkan tahap keyakinan saya kat tempat public.Ade sejarahnya...Azam itu bermula...

Semasa saya pergi check up yang pertama di Jabatan Neurologi HBKL.Itulah detiknya saya menyimpan azam untuk memperbaiki tahap keyakinan saya semula. Itu adalah kali pertama sayapergi check up selepas 2 bulan terkena serangan Stroke. Daripada entrance saya berjalan menggunakan tongkat. Tapi langkah kali ini macam ada yang tak kena.Di rumah saya mampu melangkah lebih laju dan penuh yakin.Sepanjang perjalanan ke tingkat 5 saya perhatikan orang disekelililng memandang saya pelik dengan pelbagai reaksi. Tiba2 saya hilang konsentrasi sampai jalan pun tak betul, sekali dua sampai hampir terjatuh sebab terlupa nak buat knee lock( kaedah berjalan utk pesakit stroke, perlu pastikan kaki yang lemah dalam keadaan betul2 lurus sebelum memijak ) Sehingga sampai di klinik Neurologi saya  tak tahu kenapa sangat segan nak melangkah masuk sebab semua tempat menunggu giliran menghadap pintu masukke klinik tersebut. Bayangkan sebab malu dan kurang yakin saya snggup berdiri di luar pintu.r

Sehinggalah adik ipar yang menemani hari itu, datang untuk suruh saya masuk. Dengan penuh berhati2 saya menyusun langkah sambil pandang ke bawah. Sambil itu mata sempat mengerling disekeliling, memang betul ...saya ke yang bajet popular dan perasan...memang ada mata yang memandang pelik ke arah saya. Kalau boleh aya nak bagi caption dialog  kat tepi kepala orang yang asyik pandang2 saya. Lutut rasa longgar dan nak tercabut masa tu. Nervousnya tak keruan dibuatnya. Taraaaa...and finally I've made it to my seat.Cue lagu Gemilang by Jaclyn "Kini Gemilang lalala.."

"Excuse Me..adik, apa macam jalan itu macam" tegur seorang wanita India dalam lingkungan 50an.
"Haaa! apa macam? jawabku propa buat2 tak paham
"Itu macam jalan serupa Stroke itu macam, Haiyo..banyak muda adik, saya punya abg 60 tahun umur baru dapat Stoke adik"kata wanita itu lagi.
(Bisik hati)...Erghhhhh gimme a gun,I'm gonna........." Ohhh haha, Saya dapat Stroke la auntie.." jawabku ringkas dalam hati memang tak kuasa nak layan.
"You sudah kawin ka dik? banyak pelik orang muda ini macam sudah kena Stroke...You ada darah tinggi ka?Haiyo saya tua ini macam pun banyak takut, tiap bulan mau check juga.
(Bisik hati)...Damaged has been done la auntie!!! banyak cakap pulak, jam ni lah nak ceramah umum LOUDSPEAKER  kat aku..yang penting orang kt kelililng boleh dengar..RIMASSS WEI!!!!.
"ermmm.hurmmm...ermmm.yes auntie"jawabku malasnya Tuhan je yg tahu.
"PUNITHADEVI!!" kedengaran nama dipanggil dari kaunter.
"ok adik..saya nama sudah panggil, mahu masuk sakrang"pintanya
Gosh...rasa nak menjerit YEEESSSSSSSSS!!!!, sekuatnya kalau boleh.Dah la fikiran saya pun tak tenteram lagi,pastu kene dengar ceramah free pulak tu. Potong stim betul.

Cue lagu SURATAN ATAU KEBETULAN oleh Kenny, Remy,Martin.
Sorry guyz nak amik mood (lagu ni je terlintas masa nak tulis cerita selanjutnya)

Sejak dari insiden itu, saya asyik memikir tentang diri dan mula memahami tanggapan orang sekeliling terhadap saya sebagai pesakit YOUNG STROKE. I am nobody but the public have their own thoughts on me.

Melihat orang tua berjalan bertongkat terhegeh2 adalah sesuatu yang normal. Tetapi agak berlainan sekali tanggapan umum untuk orang yang muda jalan bertongkat. Mereka seolah olah ingin meneka nama penyakit yang orang muda bertongkat itu sedang alami.Saya bagaikan terkena halusinasi ketika bertembung dengan orang ramai seperti dapat membaca fikiran mereka. Maaf saya memang kuat berangan dan selalu memikirkan sesuatu. Teringat salah satu babak dari filem City of Angels lakonan  Nicholas Cage. Hero filem ini dapat mendengar setiap keluhan dalam diri manusia sekelilingnya. Itulah yang saya rasa kononnya.

Cue lagu UNINVITED BY ALANIS MORISETTE (OST OF CITY OF ANGELS )

 But you you're not allowed
You're uninvited
An unfortunate slight
The word is so meaningful to me.

Beberapa hari selepas kejadian...

Sehinggalah saya terjumpa video jurnal seorang Stroke Survivor yang ditimpa serangan lebih teruk dari saya. Dengan usaha yang sangat gigih untuk sihat dia mampu berlari dan join Marathon. That is one very inspiring video.

(Bisik Hati ) That's it!!! Cukuplah!!! Bangkitlah LaLan. Sebabkan malu dan tak yakin kau nak memerap kat rumah. Walaupun sebelum ni saya sangat gembira dapat keluar dengan kawan2 sebelum ni. After the incident at the hospital, I suffered a very bad low self esteemed.I just spend my day at home. BOOORINGGGG.. Kalau Mat Saleh dalam video tu boleh berlari dan jumpa masyarakat hari2. Aku pun BOLEH BUAT!!!

Cue to my next anthem EXTRAVEGANZA BY BUNKFACE
Semangat baru..
Perjuangan yang satu
Dan matlamat hidupku..

Sejak itu bagaikan semangat baru menyerap. I said to myself, I need to apply whatever i've learned at the Physio in the real world.

Sebenarnya dunia luar adalah pentas sebenarnya. .Its fun to be me sometimes..errr I guess haha. Target saya adalah nak nampak dan berjalan macam manusia normal. Memanglah tak boleh menidakkan takdir yang telah diberi seperti jalan terdengkot and stiffed hand. Saya selalu berusaha berjalan macam orang normal dan hayunkan tangan kiri yang selama ni saya biarkan diam disisi badan. Berselisih dengan orang ramai pun saya dah tak malu. Yakinnya, sampaikan berjalan lebih laju lagi pastu penat huhuhu. Lantaklah apa orang nak cakap. Apa yang penting saya perlu cari konfiden dalam diri untuk persediaan ke alam pekerjaan bila dah pulih sepenuhnya nanti. Amin. Kalau kat luar tu, kalau kena naik tangga, eskalator,permukaan tinggi rendah,lantai licin dan sebagainya. Saya bayangkan semua itu macam OBSTACLE CHALLENGE macam Fear Factor or Amazing Race versi saya la...hahaha.Sumpah..Saya memang kuat berangan. That is my fun way to boost my confidence level yeehaaa!

UIntuk semua yang ditimpa masalah macam saya dan sewaktu dengannya. Jangan bermurung lama sangat. Pujuk diri dan paksa diri untuk bangun semula. Use your creative imagination to channel your problem to be more exciting. Youtube pun boleh dijadikan teman juga. Selain mencari video inspirasi saya suka tengok video clip lagu-lagu zaman saya. Thats why I have a lots of self theme song. tiap perjalanan saya mesti ade je lagu yang mengiringi hihi. Dengan itu saya akhiri entri kali ini dengan dialog kesukaan saya dari filem ZAITON, INILAH CERITAKU. Sebenarnya besar maksudnya tentang sebuah keyakinan.

" I'M A DIVA, I CAN SING!"

Peace.


Wednesday, December 12, 2012

Kisah Hati

Hmmmm dalam jugak maksud tajuk kali ini.  Kali ni, saya nak bercerita tentang hati dan perasaan seorang yang bergelar pesakit.Sebolehnya saya nak bercerita pasal benda happy je kat sini. Tapi saya juga manusia biasa bukannya Robot yang boleh di programkan moodnya sesuka hati. Sedaya upaya saya membentuk diri agar positif dan kuat. Namun ada harinya emosi saya juga  mampu hanyut dipukul ombak perasaan.

Semenjak dua menjak ni, saya sering tidak berpuas hati dengan keadaan disekeliling, sering mempersoalkan beberapa rasa tidak puas hati terhadap orang disekeliling saya seperti ahli keluarga sendiri. Kadang tu satu dua permintaan tidak ditunaikan, tidak menepati masa, an macam2 hal kecil saya akan perbesarkan. Sesuatu isu tu kiranya boleh bikin Angin satu badan.Boleh bikin GHOST FESTIVALla ( GHOST FESTIVAL adalah ungkapan rekaan saya gunakan dengan kawan2, bahasa ringkasnya sama jugak dengan NAIK HANTU!)

 Rupanya rapuh juga ya hati orang sakit ni. Over sensitif rupanya. Sebelum ni kalau perkara remeh malas nak amik port. I dont give a **whatever you like to fill in** because I can do it by myself. Memang resam saya ni tak suka menyusahkan orang sangat dan saya ni tak suka menunggu!**Yelah..itu time kau sihat LaLan oiii!!!

Saya pun mulalah tarik muka, merajuk, merentan dengan segala jenis perangai poyo ni kat sape yang berkenaan. Lately ni yang selalu jadi mangsa ialah adik saya sendiri. Selagi tak diselesaikan isu tu selagi tu tak tenang.  Konsepnya kalau gatal kena garu kejap tu jugak. Barulah boleh tidur dengan nyenyak. Maksudnya, kalau ada sesuatu isu saya terus je cakap pada orang yang saya tak puas hati tu. Namun sebagai orang yang matang, saya cuba memahami dan memaafkan, maklumlah kalau selalu berkonfrontasi pun tak elok juga. perasaan orang perlu dijaga juga..

" Tapi saya juga ada perasaan dan prinsip dalam hidup".bisik hatiku.

 Tapi aku tak bolehla menyuarakan ketidakpuasan hati ni selalu nanti mereka dah tak nak tolong aku lagi. Tersepit pulak .cue lagu DIPERSIMPANGAN DILEMMA NORA!!! memang kena sangat.

"Apa salahku...Kau buat ku begini....Lalala...


Bila rujuk dengan kwn2. Ini pulak kisahnya:

"Kau kena faham Lan, selain kau.. dorang ada juga masalah lain" Kawan 1

"Kau tak boleh pentingkan diri sendiri" Kawan 2

"Sabar..kau tak boleh samakan kehidupan kau dengan mereka" Kawan 3

"Aik! aku yang salah akhirnya". LaLan

Dush!!! tersentak hatiku mendengarkan komen dari kwan2! so i'm the culprit la?, Am i that bad? so I am the problematic person?  Yang jahatnya akula sekarang ni.


Semenjak kena belasah dengan kawan2, Memang saya sedih dan terasa hati. 2 harila jugak saya menilai diri..Audit Diri la konon.

Bisik Hati: Lan... kau patut bersyukur sebab ada orang nak menjaga kau yang sakit ni secara sukarela tau. What if adik kau tak nak jaga kau..Parah hidup kau...bersyukurlah, ada orang hendak menerima kau. Maafkanlah dia dan sesiapa sahaja, pejamkanlah mata kau tu kalau ada benda yang tidak menyenangkan hati. . Sa bbarlah sikit. Tak semua boleh ikut aturan hidup kau! Kau tak boleh expect semua manusia akan patuh dengan telunjuk kau saje, Salah tu!

Sejak dari itu, saya semakin  mengerti tentang sensiviti individu disekeliling saya. Mungkin jua, selama ini saya banyak masa dihabiskan di rumah, kehidupan saya sunyi dan boring. Jadi saya suka mencari salah orang. Segalanya tak kena.  Kena belajar bersabar ni...

Buat kawan2 yang ada perangai GHOST FESTIVAL macam saya ni especially yang sakit tu hayatilah cerita poyo saya yang terlepas laku ni. Saya akui sejak jatuh sakit perasaan sangat sensitif. Paranoid dan seakan bimbang hilang perhatian. Saya boleh samakan perangai orang sakit seperti saya ni macam ibu bapa kita yang tua yang dahagakan perhatian, kadang2 tu perangai sebiji macam budak kecil. Kuat merajuk dan sebagainya. Bersyukurlah masih ada orang nak menjaga kita yang sakit ni. Jangan cepat melatah nanti orang benci!

 Lihat diri kita sedalamnya. Mungkin, kita ni banyak sangat masa terluang dan terlebih rehat sampaikan kesalahan orang pulak yang kita cari. Off course la, we are enjoying our 24 hours and do nothing at home. Jadi selepas proses mengaudit diri dijalankan, saya mula pasang strategi untuk membunuh perangai buruk saya. Kenalah bertindak sebelum orang bencikan diri ini kannn....Kini saya mula isi masa dengan menyibukkan diri. Atleast I have something to do to keep me busy, instead of finding people's fault. Kalau ada hari free saya buat temujanji dan keluar bersiar- siar dengan teman dan jemput teman ke rumah (Atleast I can share my thoughts with my friends), tengok wayang ( haha walaupun turun tangga pawagam tu dekat nak habis ending credit tu baru sampai bawah hihi.. ), banyakkan membaca, do more physical exercise (Practise makes perfect. Actually, we need a breather in life, barulah tak boring. You can just create any activities that you loved most( haruslah yang sesuai dengan tahap kesihatan anda jugak ye). Paling penting, gunakanlah waktu sakit ni untuk berMUHASABAH DIRI. Saya akui memang banyak dugaan mental selain fizikal akan menduga hidup sebagai pesakit. Maka dengan itu, tahap kesabaran haruslah cemerlang ya.  Akhir kata chill kan diri tu sudaaahh jangan runsing. Janganlah hiasi diri kita dengan kekusutan.. Enjoy your day.

Peace

LaLan




Wednesday, December 5, 2012

Kali Pertama! : )

Kali ni saya nak kongsi tentang pengalaman yang sangat menyeronokkan semalam. Bagi korang maybe benda ni biase je. Untuk saya yang dah lama terperap kat rumah hampir 2 bulan ni, memori semalam sangat mengujakan.

Semalam saya dikunjungi Alif ( rakan lama, kenal sejak sama-sama menuntut dalam kursus yang sama, Diploma in Culinary Art, Uitm, Shah Alam) ke rumah saya untuk ziarah dan membantu saya untuk mendapatkan wang sumbangan kemalangan dari beberapa organisasi. Harapnya permohonan saya berjaya. Amin.

Selepas lama bersembang....., Ting! I just crossed my finger and try my luck and asked him. Ermm...

LaLan :"Alif jom lepak kat The Curve nak?"
Alif     : " Ko sure ke ni? Ko dah ok ke ni ?"
LaLan : Yes! I'm very sure (sambil tunjuk cara jalan yang dah sedikit stabil)

...and he said Yes!! and I said Yippie!!!! percaya tak..deep inside my heart...rasa nak buat lompat bintang je,..errr ya that's only in my imagination..Sumpah...macam budak kecik riangnya.

Well if you wanna know,Lately,i am so in good spirit to gained back my stamina. Setiap pagi at 7.30a.m  I do my morning walk near my house area for 15 minutes without failed. (The morning walk routine is due to my preparation for my next outing activities with my friends by the end of this month. Haaaa jangan marah.... nak keluar bercuti fengan kawan2 pun  I siap ada latihan intensif lagi.). My therapist pun advised suruh banyakkan berjalan for my daily exercise. Rutin berjalan setiap pagi sangat menyenangkan dan menyegarkan. Tambahan pula kawasan perumahan saya dikelilingi hutan. I feel so fresh!
                                          Bangga!! gambar ni saya ambil sendiri (CAMWHORE!!)
                                          Masa mula2 buat morning walk dekat area rumah saya.
                                          Lebih feel kalau tgk pix ni background song nya
                                          WE ARE THE CHAMPION by QUEEN. hehehe...

Saya rasa bagi seorang pesakit yang mengalami disability dan hampir pulih. Mereka perlu somekind of rewards to boost their self confidence and drive to reach their goal. . Saya amat akui perasaan orang sakit ni macam kanak-kanak.kalau ade benda yang best je baru mereka nak buat.Ini boleh diaplikasi sendiri oleh pesakit sendiri, ahli keluarga dan rakan2. Very easy and by showing any simple effort,  its really helps  the patient.


To tell you the truth, saya ni pun dalam proses pemulihan. Stamina pun tak berapa kuat dan selalu letih. Namun saya kena lawan semua itu. Sampai bila saya harus terperap kat rumah. Ya! sebelum ini saya memang takut nak keluar rumah. Macam2 saya fikirkan What if I fall? Who are going to help me? and etc.
Now Im ready to make a comeback and entering the real world.

I used to socialize before. I cant stop myself for being me again.Memang saya exercise setiap hari.Inilah persediannya untuk menjalani hidup seperti biasa.Saya tidak boleh selamanya bergelar pesakit. Its Boring!!!!

Dari 2 minggu lepas hati ini membuak buak nak keluar sana sini. Nak harapkan adik saya pun. Dia pun nampak busy. Even on Sunday pun macam busy je. Dah plan awal2 then tak jadi...its ok la, kene cari jalan sendiri. In my mind, now i am preparing myself to call a cab and go where ever i want to go freely. Kena be ready jugak towards that. jalan tak boleh terhegeh lagi and atleast my left hand kuat sikit. In case anything happen kannn. kalau ade kawan ride the cab together. its ok la.

Ok kita sambung balik with my journey to  The Curve yang jakun macam tak pernah pergi tu. I am super excited after Alif's has agreed to bring this Monkey out from his cage. Proudly, i grabbed my 3 quarter Jeans and wear it by myself and it took me bloody 5 minutes of struggle to button it.Rasakan !!! nak bergaya sangat. Weehoo my 1st attempt to wear Jeans after so long. Gosh!! kene ketatkan lagi beltnya seluar dah longgar pinggang dah kecik. yeah VICTORY!!!!!
                                                   Imma hipster...ceewahhh #ootd (Outfit Of The Day)
                                                   Black T Shirt by Rip Curl (dpt free)/ 
                                                   Jeans steng 3 quarter (kawan bagi)
                                                   Kasut sarung. Taraaaaa!!!!!

                                                     Saya dan Tongkat Sakti kat parking
                                                     The Curve...you can judge the Jakunness
                                                     in me haha...Weehoo cant 
                                                     wait to go upstairs mehhh...
                  

At 5th December 2012, 4.30 pm.We are at THE CURVE, MUTIARA DAMANSARA.Jalan sana sini and make our 1st stop at TGIF..ermmm yummmyyyyyy... Dont worry guyz, I am extra careful nowadays with ma foodie. I've ordered Ceasar Salad and Iced water for myself. I hope you are satisfied hehehe....

                                          Inilah Mr. Badang...ALIF. Tq ya bawa gi jenjalan.

Then meneruskan perjalanan dengan slownya, sampai juga ke hujung shopping complex ni walaupun langkah semakin perlahan.. Fuh memang memenatkan and lenguh bahagian hips. Kami pun berhenti duduk kat kerusi yang disediakan untuk rehat kejap..Rasa macam orang tua sangat hahaha. jalan2 pastu duduk. Haaa dulu aku cakap orang. sekarang ni RASAKANNN!!!!!! hahaha.
                                                     Good job young man..Show off ya
                                                    .kalau terrer try la
                                                    tangga Batu Caves!!! Berani!!!

                                                    My proudy moment. Cue lagu FIREWORK
                                                     by  KATY PERRY.  Kau ade? sambil jalan
                                                    berangan  ada background song.
                                             
Dari kedai ke kedai, kami pergi ke MPH to check out some latest reading material. Pengakuan: saya bukan seorang yang suka sangat membaca sebelum ni, tapi selepas jatuh sakit, saya banyakkan membaca untuk elakkan boring menunggu. Fort me, by reading books can stimulate my brain. Saya belajar menyebut perkataan dari pembacaan. Saya pun tinggal sorang2 kat rumah . Pastu saya baca kuat2 setiap patah perkataan. That is my SPEECH THERAPHY practice at home .Buat kawan2 yang ada stroke silalah berbuat demikiandan jangan segan untuk baca setiap perkataan dengan jelas dan kuat. Jangan malu2 ok.
                                                    Bits of inspirational good read. 
                                                    Beli kat MPH.

Lepas membeli belah,saya terserempak with my old and happening friend Wirdat Alias( kawan lama berlainan kursus di Uitm, Shah Alam) . He worked as a Store Manager at NEW ZEALAND NATURAL @ The Curve.Basically  this shop is an ice cream parlour chains in New Zealand. They offers a range of ice cream, Fat free Sorbet, Low Fat Frozen Yogurts, Juice ang Hot drink. Tempat ni bagus untuk sesiapa yang sedang diet. The ice cream is so yummeh...t Ehemmm... Promote tempat kerja kawan nih sebab Wirdat belanja kami berdua. I had fun with the hangout session and some throwback of our Hey Day..., with all the laughed, adviced and not forgetting the Ice Cream.

                                         Us and Ice Cream. Thank You Wirdat Alias for your 
                                         special treat.

It's already 10pm, We  are off to home. Reached home by 10.40 pm.

Frankly, I am so happy with the whole journey to The Curve yesterday. Spending time with my 2 good friends. Menyahut cabaran dan yakin dengan kebolehan diri. Bukan nak menunjuk, saya pulih awal mungkin sebab saya dapat STROKE ketika muda and maybe my metabolism is still high. Saya tidak perfect pun, tapi sebagai pesakit kita juga berhak menikmati kegembiraan. Jika anda yang sedang membaca ni sedang sakit seperti saya dan ditimpa sesuatu. Ini pesanan saya, untuk mengecapi kegembiraan perlu dari dalam diri kita sendiri. Diri kita sendiriyang menanggung beban itu, dan kita tak sepatutnya menanggunnya selamanya.Rekalah keceriaan diri dengan kreativiti anda. I really hope that you are enjoying your journey  either you are in pain or not. keep on smiling brother and sister. Wish me luck.TaTa