Monday, July 20, 2015

‘Be strong! Your superpower is STROKE, You are so special’



Selamat Hari raya dan Maaf Zahir Batin buat semua.

Pengertian raya dan penerimaan diterima berbeza bagi setiap kita.

Aidilfitri kali ini, saya memilih untuk beraya bersama ibu tiri saya di kampung halaman  DI Teluk Intan, Perak. Raya sebelum ni saya tetap pulang beraya tapi bila dah menjengah raya ke 4 dan 5 baru sampai. Bak kata orang raya pun dah basi haha.

Kali ini saya pulang sehari sebelum hari raya. Sambutanya sungguh sederhana berdua.
Nothing fancy…Ala Kadar seadanya yang penting syukur dengan apa yang ada dan bermaafan. Saya pun dulu ada juga momen terlalu mencuba untuk terlalu terikut –ikut resam kemeriahan rumah lain. Namun yang ditakdirkan sebaliknya untuk saya, just go with the flow sahaja dan ikut cara tersendiri. Percayalah akhirnya kita akan selesa dengan cara sendiri.

Sejujurnya, seronok tengok setiap orang paparkan kemeriahan mereka beraya. I really enjoyed it. Itu cerita raya saya tahun ni.

Pada sebelah malam raya kedua, saya telah terbaca status rakan yang juga pesakit STROKE – 

‘orang herdik aku,sebab aku stroke..Allah ada..’

Pedih sungguh bunyinya, harapnya sahabat saya itu tabah berdepan dengan pressure macam ni.Bila dimusim perayaan ni maka dengan itu ramailah pakar penasihat datang bertandang. You cant stop that. Kiranya macam orang tujukan soalan Bila nak kahwin? Bagi yang belum kahwinlah.Mungkin intonasi dan approach yang kurang manis buat sahabat saya tadi tersentap.

Saya pernah berdepan dengan situasi macam ni terus saya tarik muka.Tapi orang masih berperangai macam tu. Kalau ada kuasa memang rasa nak halau keluar dari rumah je. Percayalah tiada siapa yang nak tengok orang menderita. Tapi setiap orang hadir dalam karakter berlainan, telanlah kepahitan itu seringan ringannya. Orang tu sayangkan kita tapi mereka tak faham. Tak faham bahasa pun ada jugak haha. Chill aje. Maafkan aje lah. Sebagai pesakit, kita memang agak defensive dan sensitive dengan kritikan. Don’t worry, I have that in me until today and its normal.

Jangan terlalu memikirkan, kuatkan diri. Saya selalu cakap pada diri, “ Semua orang takkan mengerti sebab mereka tidak melaluinya, aku hanya ada diriku, dan Tuhanku, berdoalah” Insyallah lega rasanya.

Buat sahabat saya, kalau anda terbaca.
‘Be strong! Your super power is STROKE, You are so special’
Untuk sampai setakat ini, awak sangat kuat mengharunginya. Setakat melayan herdikan tu tak penting sangatlah, teruskan perjuangan. Isi masa lapang dengan keazaman dan hiburkan diri dengan apa yang anda suka. Kita saja yang mengerti. Maafkanlah sesiapa saje. You will feel better.

Thanks for reading this! Maaf Zahir Batin semua .

SERVIVER.

No comments:

Post a Comment