Tuesday, July 7, 2015

JANGAN BIMBANG Review




Lagu JANGAN BIMBANG merupakan sebuah karya yang menggabungkan elemen setiakawan,kejujuran dan kebajikan. Ia adalah inisiatif KENGKAWAN PROJECT bersama beberapa insan seni berkerjasama menyumbangkan kepakaran masing-masing secara percuma menghasilkan sebuah lagu yang boleh diangkat menjadi ‘self anthem’. Ia merupakan saluran untuk mengumpul dana secara berterusan utk misi kemanusian & kemasyarakatan yang dijalankan oleh KENGKAWAN PROJECT. Single ini boleh dibeli melalui iTunes & Spotify, manakala jualan CD boleh dipesan melalui FB: Kengkawan Project. Setiap pembelian/ hasil kutipan dari lagu ini akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Lagu JANGAN BIMBANG dinyanyikan oleh Adeep Nahar, Altimet, Baba Andy, Erwan Muhibbain, Dan LOKA.

Secara jujurnya, idea mengutip dana melalui iTunes & Spotify, sangat bijak!. Dengan  cara pemasaran yang betul tidak mustahil lagu ini dapat bersaing dengan lagu-lagu bergenre ’mainstream’lain di Radio dan TV.

Trak JANGAN BIMBANG dibuka dengan baik dengan berteraskan lirik yang mudah difahami tentang perjuangan  dalam mengharungi setiap cabaran getir yang melanda dalam hidup. Teruskan berdoa dan bertawakal. Muzik yang catchy dan Trak korus yang berulang ulang adalah tindakan yang bijak agar lagu ini mudah diingati. Terus terang pertama kali mendengar lagu ini korusnya sudah bermain diminda.

Teruskanlah hidup walau terluka
Teruskanlah hidup jangan mengalah
Teruskanlah hidup dengan percaya
PadaNya kita berdoa

Rap oleh Altimet merupakan kekuatan lagu ini. Penyampaian yang bersahaja bagaikan mendengar nasihat dari seorang sahabat. Sangat adore dengan part lirik oleh Altimet, kata-katanya bagaikan syair moden:

Rap 1
Mati kutu jalan buntu
Tak tahu langkah seterusnya tapi hati melulu
Mata kalut otak serabut
Usah kabut tapi hasilnya ke laut
Keluh hati siapa perasan
Titik peluh selautan aku berselaman
Mandi air matanya berapa tempayan
Harap mentari esok selepas gelap semalam
Aku terus melangkah satu persatu
Terus kehadapan kalau kamu di sisi aku
Walau nampak tak bergerak aku tak pernah kaku
Tak pernah mengalah hingga mendung ini berlalu

Rap 2
Tiang rumah ku harap ada lima
Kejayaanku kakinya tiga
Pertama usaha gerak kaki tangan kerja
Subuh ke senja ke subuh ke senja
Kedua aku cuma buat doa
Aku pengemis aku meminta semua
Akhir sekali tawakal pada yang Awal
Serahkan segala pada Terhandal
Jadi kerjakan yang ada dalam kawalan
Lepas tu, kita tadah tangan
Lepas tu, kita lepaskan
Itu saja cara
Dah jelaskan?

Secara keseluruhannya, lagu ini adalah sesuatu dan sangat istimewa! Secara peribadi, ia juga satu medium ‘self help’ untuk setiap pendengarnya. Setiap seorang dari kita mempunyai isu dalam diri mereka. Mungkin lagu ini dapat diterima sebagai panduan, nasihat dan motivasi.Tahniah KENGKAWAN PROJECT kerana berjaya menerbitkan halwa telinga yang sempurna ini.


Untuk sahabat semua, anda boleh membeli sambil menderma lagu ini di iTunes & Spotify. Saksikan muzik video lagu ini di KengkawanProject Youtube channel: 

https://www.youtube.com/watch?v=AGm1JnUFnMg

, CD Jangan Bimbang sudah boleh didapati melalui sumbangan bermula dengan RM10 (tidak termasuk postage). RM7(semenanjung) dan RM10 (sabah&sarawak) atau boleh ambil sendiri dengan menghubungi admin Kengkawanproject.
.
Istimewanya CD Jangan Bimbang ini, ia bukan hanya lagu sahaja, tetapi diselitkan juga mutiara kata sebagai pedoman untuk kita semua. InsyaAllah.
.
Caranya:
Bayaran boleh dibuat kepada admin Kengkawanproject
Faizal Mahmood (Maybank : 114254022009).

Slip bayaran boleh dihantar ke no: 012-3893663 atau email ke: kengkawanproject@gmail.com.

1 comment: